Siakap Keli
Kredit: Google

Harga Minyak RON97 Naik Lagi, Sudah Cecah Lebih RM3 Seliter, RON95 & Diesel Kekal

Harga runcit bagi minyak petrol RON97 naik sebanyak sembilan sen seliter dan harga terkini yang ditetapkan adalah RM3.06 seliter, umum Kementerian Kewangan.

Bagaimanapun harga runcit bagi minyak petrol RON95 dilapor tiada kenaikan dan harga kekal pada paras RM2.05 seliter.

Manakala harga runcit bagi minyak diesel juga turut tiada kenaikan dan harganya masih pada paras RM2.15 seliter.

Harga runcit produk petroleum tersebut diguna pakai bagi tempoh 4 November esok sehingga 10 November depan.

Sumber: Kementerian Kewangan

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.