Penyanyi rap terkenal dunia Jay-Z, akhirnya mengikut ‘trend’ masa kini dengan mendaftar akaun Instagram pada Selasa lalu dan sudah memiliki 1 Juta pengikut, kata Daily Mail.
Instagram penyanyi rap yang berumur 51 tahun tersebut diberikan nama jayz dan hanya mengikuti Instagram isterinya iaitu bintang pop dunia, Beyonce. Mereka juga telah berkahwin sejak 2008 dan mempunyai tiga orang anak. Menurut Daily Mail, rapper tersebut mendaftar akaun Instagram untuk mempromosikan movie terbaharunya di Netflix iaitu The Harder They Fall.
Hal ini kerana, gambar pertama yang dimuat naik di akaunnya merupakan poster movie The Harder They Fall yang akan keluar di Netflix pada hari Rabu. Pemilik Instagram Mark Zuckerberg juga turut memberikan komen dibawah post pertama beliau. Jay-Z turut memuat naik Instagram ‘story’ beliau dengan sedikit sedutan video dari movie tersebut.
Beliau juga mempunyai akaun Twitter yang telah di verifikasi sejak tahun 2008. Namun beliau juga hanya membuka akaun tersebut sekali-sekala dan beliau turut bergurau tentangnya di dalam sebuah ciapan yang dilakukan pada Halloween yang lalu.
“Dalam berseronok, saya terlupa untuk memberi penghargaan kepada rakan baik saya iaitu JAZ-O. Beliau banyak membantu merealisasikan impian saya. Terima kasih kawan… Baiklah saya akan hilangkan kata kunci bagi akaun ini dan akan kembali tahun hadapan. Terima kasih sekali lagi kepada semua, saya sangat menghargai kasih sayang yang ditunjukkan oleh semua,” tulisnya dalam perkongsian di Twitter beliau.
Sementara itu, antara pelakon yang akan muncul dalam movie terbitan Jay-Z ini ialah Regina King, Danielle Deadwyler, Damon Wayans Jr., Zazie Beetz, LaKeith Stanfield, dan Delroy Lindo.
Sumber: Daily Mail