Siakap Keli
Gambar: Bernama

MetMalaysia Keluarkan Ramalan Cuaca Sempena Hari Deepavali Bagi Seluruh Negara

Perayaan Deepavali atau Diwali bakal diraikan pada tanggal 4 November 2021. Perayaan ini merupakan salah satu perayaan yang turut diraikan di Malaysia.

Menerusi perkongsian di akaun Twitter, Jabatan Meteorologi Malaysia telah mengeluarkan ramalan cuaca bersempena hari Deepavali yang bakal disambut pada hari esok.

Pada waktu pagi, kebanyakan negeri dijangka mengalami hujan dan ribut petir kecuali bagi negeri Perlis, Kedah dan Pulau Pinang yang akan mengalami cuaca mendung.

Beralih kepada sebelah petang pula, kesemua negeri diramalkan bakal mengalami cuaca hujan atau ribut petir.

Manakala pada sebelah malam, kebanyakan negeri dilaporkan bakal mengalami cuaca hujan kecuali bagi negeri Perlis, W.P Kuala Lumpur, W.P Putrajaya, dan Melaka.

Untuk maklumat lebih lanjut, boleh ikuti akaun Twitter Jabatan Meteorologi Malaysia atau di laman web met.gov.my .

Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia

Nadhirah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.