Siakap Keli
Gambar: Kompas.com

Pekerja Kebersihan Dinaikkan Pangkat Jadi Penyelia, Jujur Kerana Serah Dompet Berisi RM10k Yang Dijumpainya

Seorang pekerja kebersihan di Lapangan Terbang Soekarno-Hatta, Halimah, 29, sedang menjadi bualan orang ramai di atas kemurnian hatinya.

Pada hari Jumaat lepas (29 Oktober 2021), Halimah yang sedang bekerja menemukan sebuah dompet yang berisi lima buah buku bank, sebuah passport, dan dua keping cek. Salah satu dari cek tersebut bernilai Rp 35,5 milion (RM 10, 164).

Dia yang mempercayai bahawa dompet tersebut milik penumpang disitu terus menyerahkannya kepada pihak keselamatan yang bertugas. Menurut Kompas.com Halimah tidak mengetahui kerana dia tidak memeriksa dompet tersebut.

“Besar atau kecil nilai sesuatu barang itu, jika ianya bukan milik kami, kami bertanggungjawab untuk melaporkan barang tersebut,” kata Halimah.

Pihak PT Angkasa Pura Solusi sangat menghargai sikap jujur yang ditunjukkan Halimah. Pengurus Komunikasi Pasaran dan Korporat Angkasa Pura Solusi Virgiawan mengatakan bahawa pihaknya sangat menghargai kejujuran dari pekerja kebersihan tersebut.

“Kami sangat menghargai jasa Halimah. Semoga prinsip amanah yang dipegang beliau dapat memberi motivasi kepada rakan-rakan sekerjanya yang lain agar sentiasa berintegriti dan amanah dalam bekerja,” kata Virgiawan.

Ekoran dari peristiwa tersebut Halimah dinaikkan pangkat menjadi penyelia. Perkara ini telah disampaikan oleh Toyib Fanani, Pengurus Besar Wilayah 1 Angkasa Pura Solusi.

“Jasa Halimah yang baik itu sangat dihargai. Kami turut berikan ganjaran dari segi kewangan tapi, itu hanyalah untuk jangka pendek. Bagi jangka panjang pula pihak kami turut menaikkan pangkatnya dari Ketua Kumpulan kepada penyelia,” kata Toyib.

Toyib turut menyatakan bahawa proses kenaikkan pangkat Halimah akan disegerakan.

Sumber: Kompas.com

Zahirah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.