Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini telah melancarkan 2,000 unit Rumah Keluarga Malaysia Angkatan Tentera Darat (RKMAT) ‘fully furnished‘ di Taman LTAT, Bukit Jalil.
Unit perumahan itu mempunyai empat blok pangsapuri 38 tingkat itu menempatkan para pegawai sehingga tempoh bersara kelak. Kesemua 2,000 unit berkenaan mempunyai tiga bilik dengan keluasan 850 kaki persegi serta dilengkapi perabot.
Ismail melalui ciapan di laman Twitter hari ini berkata, RKMAT berkenaan dilengkapi perabot, perkakas elektrik dan fasiliti riadah serta sosial seperti gimnasium dan surau.
“Sebanyak 2,000 unit rumah fully-furnished yang dirasmikan hari ini telah memenuhi 85 peratus keperluan RKMAT bagi anggota ATM di Lembah Klang.
“Saya yakin, selepas ini tiada lagi warga ATM yang perlu menunggu bertahun untuk pindah masuk dan terpaksa menyewa rumah melebihi elaun perumahan,” jelas beliau dalam hantaran yang sama.
Tambah Ismail, kerajaan akan membina kira-kira 10,200 unit RKMAT dan kuarters PDRM di seluruh negara melalui Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12).
Daripada jumlah tersebut, dikatakan 8,852 unit adalah khusus untuk anggota ATM. Sementara itu, 1,509 unit sudah pun dalam proses pembinaan manakala 7,343 lagi sedang dalam proses perolehan.
Pagi ini saya merasmikan Rumah Keluarga Malaysia Angkatan Tentera (RKMAT) Tentera Darat di Taman LTAT, Bukit Jalil.
Sebanyak 2,000 unit rumah fully-furnished yang dirasmikan hari ini telah memenuhi 85% keperluan RKMAT bagi anggota ATM di Lembah Klang. pic.twitter.com/yojmgQNb68
— Ismail Sabri (@IsmailSabri60) November 3, 2021
Sumber: Bernama, Twitter Ismail Sabri