Siakap Keli
Gambar: TikTok MySumber

(Video) Cuba Guna ‘Mug’ Kalau Nak Masak Nasi Untuk Seorang, Pasti Tak Berkerak & Lebih Jimat

Bagi individu yang perlu masak nasi dalam kuantiti sikit atau untuk seorang makan mesti pernah mengalami masalah di mana nasi mudah berkerak. Nak-nak kalau masak nasi dengan menggunakan periuk elektrik atau pun periuk biasa pasti akan meninggalkan kerak.

Kita pula yang rasa macam membazir bila tengok kerak nasi itu dibuang begitu sahaja. Tetapi jangan risau kerana perkongsian video TikTok MySumber ini ada jalan mudah untuk memasak nasi dengan kuantiti yang sikit tapi tak berkerak.

Apa yang korang perlukan hanyalah empat bahan iaitu, beras, cawan, periuk nasi elektrik, dan air. Antara langkah yang perlu kita lakukan adalah:

1. Basuh beras.
2. Masukkan air ke dalam cawan berisi beras tadi dengan nisbah 2:1 iaitu air 2 beras 1.
3. Kemudian masukkan cawan berisi beras tadi ke dalam periuk nasi elektrik.
4. Masukkan air ke dalam bekas periuk nasi elektrik itu.
5. Tekan suis periuk nasi untuk masak.

@mysumber

Cara Nak Masak Nasi Tak Berkerak #TikTokGuru #JomBelajar #fypシ #foryoupage #LearnOnTikTok

♬ Kimi No Toriko – Rizky Ayuba

Menjengah ke ruangan komen dapat dilihat warganet amat berterima kasih dengan perkongsian video yang dikongsikan oleh TikTok MySumber tersebut.

Gambar: TikTok MySumber
Gambar: TikTok MySumber
Gambar: TikTok MySumber
Gambar: TikTok MySumber

Sumber: TikTok MySumber

Nadhirah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.