Kucing merupakan haiwan peliharaan yang paling disukai oleh majoriti manusia di muka bumi. Melihat wajahnya yang comel serta gelagatnya yang melucukan pasti dapat menghilangkan stress.
Ramai orang sanggup berhabis duit demi kesihatan dan perkembangan tumbesaran kucing yang baik. Kebanyakan manusia menyangka bahawa memberikan makanan kucing (kibble) yang berwarna-warni dapat menarik perhatian kucing tersebut untuk memakannya.
Tahukah anda? Sebenarnya kibble yang berwarna kurang baik untuk kucing peliharaan. Satu video telah dibuat oleh seorang pengguna Tiktok yang bernama @Aimanzukri untuk memberitahu kepada orang ramai alasan mengapa kibble berwarna tidak boleh diberikan kepada kucing.
Menurut Aiman, pengasuh kucing tidak boleh memberikan kibble berwarna kepada kucing adalah kerana dua alasan iaitu:
- Warna kibble hanya untuk menarik minat pet owner bukannya untuk kucing
- Kandungan garam lebih tinggi.
Aiman juga mengajak semua orang untuk menukar ke kibble tanpa warna yang lebih baik untuk kucing.
@aiman.zukri Tak kisah brand apa pun asalkan tak berwarna.. #fyp #kucing #vetacat #TikTokguru
Sumber: Aimanzukri