Setiap orang pasti berasa gembira jika pulang ke kampung halaman. Dari utara sampai ke selatan, pastinya tidak sabar ingin bertemu dan berkumpul ramai-ramai bersama-sama datuk, nenek dan sanak-saudara.
Tetapi, ada juga yang bimbang jika tinggalkan pokok-pokok bunga yang sudah ditanam dan dijaga rapi. Takkanlah nak biarkan pokok itu semua layu. Jadi, apakah yang perlu dilakukan untuk biarkan pokok-pokok itu sentiasa segar dan tumbuh elok?
Menerusi perkongsian daripada akaun TikTok jason_jezi, beliau menunjukkan 5 langkah mudah yang boleh diikuti dan langkahnya adalah;
- Buat lubang pada penutup botol mineral
- Letakkan skru di penutup botol itu
- Pada belakang botol juga ditebuk
- Masukkan air di dalam botol
- Balutkan chopsticks pada keliling botol
Cara ini memudahkan anda untuk menyiram air secara auto.
@jason_jezi Balik kampung pokok bunga tak ada org jaga. Cara ni dapat bantu #auto siram pokok #Tiktokguru #jombelajar #learnontiktok #tips #hack
Menjengah ke ruangan komen, ada juga warganet yang berterima kasih dan memberikan komen yang positif dengan video yang dikongsikan.



Sumber : TikTok jason_jezi