Seperti yang kita tahu, kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain, telah selesai semalam setelah empat tahun nasib 18 pelaku menjadi tanda tanya.
Kesemua 18 penuntut UPNM yang terlibat membunuh, bersubahat membunuh dan mencederakan Allahyarham telah dijatuhkan hukuman mengikut keputusan yang dibaca Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Azman Abdullah semalam.
12 tertuduh yang disabitkan kesalahan mengikut Seksyen 330 Kanun Keseksaan kerana mencederakan Allahyarham Zulfarhan dikenakan hukuman penjara tiga tahun. Manakala enam lagi pelaku yang terbukti bersalah membunuh dan bersubahat membunuh mangsa dijatuhi hukuman 18 tahun penjara.
Setelah keputusan hukuman kes pembunuhan Allahyarham Zulfarhan dibaca semalam, tak sedikit warga net yang tertanya-tanya, kenapa pelaku yang disabitkan kesalahan membunuh arwah tidak dijatuhi hukuman mati?
Menjawab persoalan tersebut, peguam yang dikenali sebagai Syafiq Bahtiar ini melalui sebuah video di TikToknya tampil memberi pencerahan. Video ini mendapat sorotan warga net apabila ditonton sebanyak 54.2 ribu kali di TikTok.
@syafiqsb123 Kenapa Pelaku dalam Kes Zulfarhan UPNM terlepas Hukuman Mati 302? #criminal #law #upnm #zulfarhan #learnontiktok #fyp
Sumber: TikTok Syafiq Bahtiar