Jabatan Meteorologi Malaysia sebentar tadi telah mengeluarkan amaran ribut petir serta hujan lebat yang dijangka melanda beberapa buah negeri sehingga jam 9 malam.
Amaran yang dikeluarkan pada pukul 6:30 petang tadi menunjukkan terdapat 9 negeri dijangka dilanda ribut petir.
Antara kawasan yang dijangka terlibat adalah di seluruh Pulau Pinang dan beberapa kawasan di Kedah iaitu Yan, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu.
Beralih ke negeri Perak, antara kawasan dijangka terlibat pula adalah Manjung, Perak Tengah, Bagan Datuk dan Hilir Perak manakala di Pahang membabitkan Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut, Bentong, Temerloh, Bera dan Rompin.
Selain itu, Kuala Selangor dan Klang di Selangor juga dijangka dilanda ribut petir sehingga jam 9 malam. Kawasan dijangka terlibat di Negeri Sembilan adalah Kuala Pilah, Rembau, Jempol dan Tampin manakala bagi Melaka adalah Alor Gajah dan Jasin.
Bagi negeri Johor, Mersing dan Kota Tinggi perlu berwaspada dengan amaran tersebut manakala bagi Sarawak dijangka melibatkan Sibu(Selangau), Muka(Mukah), Bintulu (Tatau), Miri(Marudi) dan Limbang.
Bagi negeri kesepuluh iaitu Sabah pula akan melibatkan Pendalaman (Sipitang), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud) serta Tawau (Tawau dan Lahad Datu).
Bagi negeri-negeri yang dijangka terlibat dengan ribut petir dan hujan lebat, anda dinasihatkan untuk lebih berhati-hati dan terus berada di dalam rumah sekiranya tiada urusan di luar.
Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia