Satu gempa bumi sederhana pada magnitud 5.4 skala Ritcher dilaporkan telah berlaku di Selatan Laut Maluku pada 10.11 malam tadi.
Menerusi ciapan Jabatan Meteorologi Malaysia, pusat gempa bumi terletak pada koordinat 0.4° Selatan dan 124.1° Timur dengan jarak 150 km Tenggara dari Gorontalo, Indonesia.
Walau bagaimanapun, gempa bumi dengan kedalaman 10 km itu tidak menimbulkan ancaman tsunami kepada Malaysia.
Gempa bumi sederhana M5.4 berlaku di Selatan Laut Maluku pada 10:11 mlm, 3 November 2021. Pusat gempa bumi tersebut terletak 0.4° Selatan dan 124.1° Timur dengan kedalaman 10 km. 150km Tenggara dari Gorontalo,Indonesia.#MenangBersama#LindungDiriLindungSemua#METMalaysia pic.twitter.com/ncSsTPjrHA
— Jabatan Meteorologi Malaysia (@metmalaysia) November 3, 2021
Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia