Seorang kanak-kanak berusia berusia 12 tahun yang terperangkap di tengah sungai berjaya diselamatkan oleh anggota bomba.
OPS menyelamat mangsa mangsa dijalankan oleh Crew Pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat Kampar dan diketuai oleh Tn Sabarodzi bin Hj Nor Ahmad (Pen Pengarah Bhg Latihan JBPM Ng Perak.
Dalam gambar yang dikongsikan oleh Bomba Perak menerusi laman Facebook, kanak-kanak tersebut dilihat terperangkap di atas batu di tengah-tengah sungai arus deras.
Menurut Bomba Perak, kanak-kanak tersebut terperangkap di tengah sungai akibat kepala air yang datang secara tiba-tiba.
Pihak Bomba Perak juga ada berkongsikan video detik-detik mendebarkan anggota Bomba menyeberangi arus deras untuk menyelamatkan kanak-kanak tersebut.
Turut disertakan juga rakaman kanak-kanak berusia 12 tahun itu diselamatkan dengan menggunakan tali. Detik tersebut boleh dilihat menerusi video di bawah:
Sumber: Bomba Perak