Siakap Keli
Gambar: TikTok @_how.things.work

(Video) Lebih 2.7 Juta Tontonan, Ini Cara Stesen Minyak Berfungsi

Boleh dikatakan, semua orang pernah mengunjungi stesen minyak untuk isi bahan petroleum dalam tangki kenderaan masing-masing. Tapi pernah tak kita terfikir bagaimanakah cecair petroleum itu disalurkan dari bawah naik ke pam.

Menerusi perkongsian video yang dikongsikan oleh akaun TikTok _how.things.work ada berkongsikan bagaimana cara minyak petroleum disimpan.

Lori minyak petroleum akan menghantar minyak petroleum ke stesen minyak dan akan menyalurkan petroleum tersebut ke dalam tangki di bawah tanah. Kemudiannya, minyak petroleum itu akan disimpan di bawah tanah sebelum dihantar ke pam minyak.

Saluran minyak petroleum dari bawah tanah akan dibawa ke pam minyak petroleum untuk digunakan oleh kenderaan untuk mengisi minyak petroleum.

@_how.things.work

Follow for more!! 👀🔥 #TheHarderTheyFall #fy #fyp #fypシ #foryou #foryoupage #howthingswork #gas #gasstation #car #cars

♬ Paris – Else

Menjengah ke ruangan komen ramai warganet yang menunjukkan reaksi bahawa mereka tidak tahu berkenaan perkara ini.

RRR: “Saya ingatkan minyak petroleum ini keluar dari tanah?”

Gambar: TikTok @_how.things.work

Eddie G: “Saya ingatkan semua orang dah tahu tapi saya lihat ramai yang terkejut lihat video ini.”

Gambar: TikTok @_how.things.work

YouTuber_MannyB: “Saya ingat pakai ‘bluetooth’ sahaja.”

Gambar: TikTok @_how.things.work

Sumber: TikTok @_how.things.work

Zahirah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.