Meriah, itulah yang boleh digambarkan apabila ruang udara di sekitar daerah Petaling dari Subang, Puchong hingga ke Shah Alam pada malam ini dipenuhi dengan percikan bunga api.
Perkongsian Bernama TV menerusi Twitter memaklumkan, ia berikutan bersempena sambutan Hari Deepavali bagi tahun ini yang disambut pada 4 November hari ini.
Bernama TV turut memuat naik rakaman video yang menunjukkan suasana langit malam di kesemua kawasan berkenaan yang meriah dengan warna-warni percikan bunga api.
Ruang udara di sekitar daerah Petaling dari Subang, Puchong hingga ke Shah Alam dipenuhi dengan percikan bunga api sempena sambutan Hari #Deepavali tahun ini. pic.twitter.com/6ky8GAMfKm
— BERNAMA TV 🇲🇾 (@BernamaTV) November 3, 2021
Sumber: Bernama TV