Siakap Keli
Gambar: TikTok @_nismira

(Video) Senang Nak Cuci, Gadis Kongsi Cara Putihkan Balik Bantal Kotor Kekuningan

Kekuningan yang ada pada bantal busuk sememangnya perkara biasa. Mana taknya kalau dah tidur sudah semestinya keluar air liur basi. Air liur basi itulah yang akan membentuk ‘peta dunia’ pada bantal busuk kita.

Siapa yang sanggup buang bantal hanya disebabkan oleh lakaran ‘peta dunia’ di atasnya. Nak beli bantal baru mestilah mahal. Oleh itu, akaun TikTok milik @_nismira ada jalan penyelesaiannya.

Video yang memperoleh jumlah tontonan hampir 2 juta itu telah berkongsikan cara bagaimana untuk menghilangkan kesan kekuningan pada bantal. Hanya empat perkara sahaja yang kita perlukan iaitu baking soda (serbuk penaik), serbuk boraks, sabun pencuci, dan air.

Dengan hanya enam langkah mudah, bantal kita akan kembali bersih dan cerah. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut cara bagaimana untuk cuci bantal busuk, anda boleh tonton video di bawah:

@_nismira

Reply to @casserajuliet tengok hasil dia🤢🤮 #homecare #cleantok #bantal #locamway

♬ Monkeys Spinning Monkeys – Kevin MacLeod

Nak tengok hasilnya? Jom tengok video di bawah pula.

@_nismira

Reply to @_azimefan_ Last tu kucing memang tak rilek, dugaan kucing byk😌 #homecare #cleantok #TikTokGuru #locamway #bantal

♬ Monkeys Spinning Monkeys – Kevin MacLeod

Sumber: TikTok @_nismira

Nadhirah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.