Siakap Keli

Nak Lindungi Keluarga Sebelum ‘Travel’? Perkara-Perkara Wajib Ni Korang Kena Tahu Walaupun Dah Lengkap 2 Dos

Baru-baru ni kerajaan Malaysia telahpun mengumumkan bahawa semua rakyat yang telah divaksin sepenuhnya dibenarkan untuk merentas negeri. Sememangnya berita ini adalah berita yang sangat gembira buat korang betul tak?

Maklumlah sekarang ni nak pergi mana-mana pun dah senang. Tapi, macam mana kalau ada segelintir daripada korang yang masih lagi risau dengan keselamatan keluarga korang sebelum travel?

Buktinya, dialog dekat bawah ni antara contoh yang mungkin terjadi dalam kalangan korang yang nak pergi bercuti.

Suami: Sayang, I ingat nak bawa keluarga kita pergi bercuti ke Langkawi la. You rasa ok tak?

Isteri: Eh apa pula tak ok, dah alang-alang kerajaan bagi merentas negeri ni. I setuju sangat. Lagipun, kita dah lengkap 2 dos vaksin dan kerajaan pun ada beri beberapa kelonggaran SOP untuk kita kan?

Suami: Memanglah, tapi I risau la dengan keselamatan keluarga kita. Mesti ramai yang pergi bercuti juga betul tak? Sekurang-kurangnya I nak ada perlindungan tambahan selain daripada vaksin.

Korang tengok tu, perbualan dekat atas ni mesti pernah terjadi dikalangan korang. Tak dinafikan, ada pelbagai kelonggaran SOP yang kerajaan Malaysia dah berikan kepada individu vaksinasi lengkap seperti:

  • Merentas negeri
  • Kebenaran dine-in
  • Kebenaran melakukan aktiviti sukan dan rekreasi
  • Pembukaan aktiviti pelancongan
  • Perkelahan dan perkhemahan

Bercakap tentang nak pergi bercuti, dekat sini ada beberapa tips yang korang mungkin boleh amalkan untuk melindungi keluarga serta diri korang sendiri ketika travel. Antaranya ialah:

  • Pastikan ahli keluarga yang mengambil ubat, membawa ubatan mereka secukupnya sepanjang percutian.
  • Elakkan perjalanan pada waktu puncak dan ambil laluan yang tidak sesak.
  • Jika menggunakan pengangkutan awam, ikuti langkah berjaga-jaga yang disyorkan oleh kerajaan. Hadkan sentuhan korang dengan permukaan yang sering disentuh dan kerap mencuci atau membersihkan tangan.
  • Jika korang travel dengan kenderaan sendiri, elakkan perhentian yang kerap dengan membawa makanan dan minuman yang mencukupi.
  • Sepanjang travel, elakkan dari berkunjung ke tempat-tempat yang sesak, ruang tertutup yang kurang pengudaraan, serta sebarang perjumpaan besar seperti konsert, acara dan pesta.
  • Kalau boleh, bawa makanan dan minuman sendiri ketika bercuti.

Redoxon Perkenal Produk Terbaru Redoxon® Triple Action

Berbalik semula kepada perlindungan tambahan ketika travel, korang tahu tak pentingnya menjaga imuniti badan walaupun selepas divaksin? Untuk bantu kurangkan kerisauan korang tu, jenama vitamin terkenal iaitu Redoxon telah memperkenalkan produk terbaru mereka iaitu Redoxon® Triple Action!

Kalau korang nak tahu, Redoxon® Triple Action hadir dengan 3 manfaat perlindungan imuniti dalam 1 tablet yang diperkaya dengan Vitamin C, Zink dan Vitamin D. Nak tahu sebab apa? Korang boleh rujuk video dekat bawah ni.

Sertai Peraduan Redoxon #JomReady

Sempena dengan produk terbaru mereka, Redoxon turut mengajak korang untuk sertai peraduan mereka iaitu cabaran Redoxon #JomReady Tiktok! Ada pelbagai hadiah menarik menanti korang seperti Iphone 13 Pro Max, Ipad Air dan Redoxon Triple Action Care Package!

Korang berminat? Kalau berminat, ikuti langkah-langkah oleh #RedoxonMalaysia dekat bawah ni:

  1. Buka filter Redoxon #JomReady dan rakam gerakan tarian korang yang paling kreatif dengan hand sign OK👌. Klik sini untuk buka filter: #JomReady

  2. Post video pada feed TikTok korang dan hashtag #JomReady. (Pastikan profil korang ditetapkan kepada umum)

  3. Tag @RedoxonMY (Tag juga 2 rakan korang untuk sertai cabaran ini agar peluang untuk korang menang lebih tinggi!)

@miss.em##ad Excited to invite @bellaastillah_94 @elvinamohamad to join me in @redoxonmalaysia ##JomReady challenge! More info in comments to win amazing prize!♬ Jom Ready – Redoxon

Mudah je kan? Apa korang tunggu lagi, jom kita sertai ramai-ramai dan ajak keluarga serta rakan-rakan korang. #JomReady untuk travel dengan imuniti yang kuat bersama #RedoxonTripleAction! Redoxon sememangnya #RedoxonProtects!

Adib Mohd