Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan, sebanyak 4,922 kes positif harian COVID-19 telah dilaporkan hari ini. Ia menjadikan jumlah kumulatif kes di Malaysia bertambah kepada 2,497,265 kes.
Catatan kes positif harian hari ini walaubagaimanapun menunjukkan penurunan berbanding 5,713 kes semalam.
Maklumat terperinci seperti pecahan kes positif harian di setiap negeri, kes kematian, kes sembuh dan lain-lain akan dikemaskini sekaligus selepas tengah malam di laman web COVIDNOW.
Sehingga 5 November 2021: Jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 4,922 kes (2,497,265 kes).
Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW: https://t.co/aIQttvCbIP
Data setiap hari bagi laman COVIDNOW adalah dikemaskini sekaligus selepas tengah malam. pic.twitter.com/yHGwnSx4ly
— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) November 5, 2021
Sumber: DG Hisham