Sejak kebenaran rentas negeri diberikan kepada semua yang sudah lengkap divaksinasi, kerajaan sentiasa menyarankan orang ramai untuk melakukan ujian kendiri Covid-19 dengan menggunakan kit ujian kendiri yang dijual di pasaran.
Hari ini, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi laman Twitter beliau menyenaraikan 58 kit ujian kendiri Covid-19 yang telah diberi kelulusan bersyarat oleh Medical Device Authority (MDA).
Dr Hisham menasihatkan agar membeli kit ujian kendiri yang diluluskan oleh MDA dan dijual di farmasi komuniti, fasiliti kesihatan serta premis-premis yang berdaftar dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).
Berikut senarai 58 kit ujian kendiri Covid-19 yang diberi kelulusan bersyarat oleh MDA:
Berikut merupakan senarai terkini 58 Kit Ujian Kendiri Covid-19 yang telah diberi kelulusan bersyarat oleh MDA.
Orang awam dinasihatkan agar membeli Kit Ujian Kendiri yg diluluskan oleh MDA & dijual di farmasi komuniti, fasiliti kesihatan serta premis2 yg berdaftar dgn KPDNHEP pic.twitter.com/sByGEPL3Yw
— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) November 6, 2021