Siakap Keli
Gambar Via Detektif Kembara

Ada ‘Plan’ Nak Pergi Turki? Ini 3 Bandar Popular & Senarai Hotel Di Cappadocia Korang Kena ‘Jelajah’

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Setelah sekian lama ‘berkurung’ di rumah, rakyat Malaysia akhirnya bebas untuk keluar mengembara di dalam dan luar negara. Pastinya ramai yang kini sedang merancang untuk melancong ke tempat-tempat menarik untuk dikunjungi bersama keluarga atau rakan-rakan.

Salah satu negara yang sentiasa tersenarai dalam wish list adalah Turki. Manakan tidak, negara itu sangat terkenal dengan panaroma yang indah dan menyimpan pelbagai kisah dan sejarah. Misalnya di Cappadocia, ia merupakan sebuah kota kecil yang terletak di Anatolia timur.

Bukan sahaja dikenali kerana belon udara panas, ia juga mempunyai landskap bercirikan batuan yang menjadi daya tarikan utama bagi orang ramai untuk berkunjung.

Apapun, sebelum merancang untuk ke sana, pastikan anda memilih hotel yang sesuai dengan bajet dan keselesaan yang diinginkan.

Bagi yang belum tahu mengenai hotel-hotel di sana, anda boleh melihat senarai yang dikongsikan oleh Detektif Kembara di bawah ini. Semoga bermanfaat.

Cappadocia, Turkey

Nak duduk di mana sebenarnya?

Sebut sahaja Cappadocia semua terbayangkan belon udara panas. Salah satu lagi pengalaman yang tak harus dilepaskan ialah tidur di “Cave Hotel”. Pilihla yang mana satu berkenan di hati dan sesuai dengan bajet kita. Mungkin ada beratus cave hotel ni di Cappadocia.

Kalau travel sendiri yang lebih penting sebenarnya kena buat keputusan nak menginap di bandar mana. Ada 3 bandar yang popular di sini iaitu Goreme, Uchisar dan Urgup.

Goreme

Yang paling popular adalah Goreme disebabkan lebih praktikal kalau nak berjalan ke beberapa attractions seperti Open Air Museum dan ada banyak kedai di kawasan bandar.

Yang ramai orang duk beratur nak duduk di Goreme tu ialah Sultan Cave Suites. Harga dalam RM350-500 semalam. Kira bangun pagi terus dpt tengok hot air balloon.

Uchisar

Kalau ke Uchisar viewnya lebih cantik tapi kalau pegi sendiri jalan kaki seronok masa turun ke bandar tapi mengah teruk masa nak pulang ke tempat penginapan.

Kalau di Uchisar yg meletop adalah Museum Hotel. Harga pun top top dalam RM1200-2000.

Urgup

Sukakan lebih privasi boleh duduk di Urgup.Di Urgup pula boleh cuba Yunak Evleri. Harga dalam RM300-500.

Antara hotel hotel lain:

Cave House, Goreme

Klebek Hotel, Goreme

Ortahisar, Urgup

Avanos Suite, Avanos

Suhan Hotel, Urgup

Apa-apa pun ikut bajet masing2 tak perlu ikut orang ya

Selamat mengembara!!!

Sumber: Detektif Kembara 

Sofea

Iqra'.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.