Jepun menjadi salah satu negara musim sejuk yang sentiasa dikunjungi oleh pelancong dari seluruh dunia. Bagi yang belum tahu, musim sejuk di Jepun bermula sekitar penghujung bulan November hingga bulan Februari.
Bagaimanapun, salji yang turun di setiap tempat adalah berbeza. Ada sesetengah tempat yang dilanda salji dengan sangat lebat sehingga boleh mencapai ketinggian 20 meter.
Melihat kepada situasi itu, pernahkah anda tertanya-tanya bagaimana mereka membersihkan salji tersebut? Untuk mengetahui mengenainya, ikuti perkongsian yang telah dimuatnaik oleh Zunita Ramli di bawah ini.
Mungkin ada yang tak tahu, terdapat satu tempat kat Jepun ni salji boleh turun sangat lebat sampai ketinggian 20 meter. Haa.. tinggi kan
Tempat tu adalah Tateyama Kurobe Alpine.
Memang tinggilah salji dia. Sampai jadi snow wall tinggi tu. Jadi tak hairanlah tempat ni terkenal sebagai salah satu tempat yang terima salji paling banyak di dunia. Mungkin ramai yang ingat kawasan yang terima taburan paling banyak salji kat Eropah sana, tapi bukan ya.. Jepun adalah negara yang terima taburan salji paling tinggi di dunia.

Sebab tu juga negeri-negeri kat bahagian barat Jepun yang menghadap Korea dikenali sebagai “snow country” macam Niigata, Nagano, Hokkaido sebab terima taburan salji yang sangat banyak pun setiap tahun.
Kenapa?
Sebab kawasan-kawasan ni terima angin sejuk terus dari Siberia, jadi dia bawak salji tebal sekali lah. Bila salji banyak sangat, benda ni jadi masalah jugak.

Kereta nak jalan pun susah sebab licin, kemalangan senang berlaku, nak pergi mana-mana pun leceh sebab kena bersihkan salji dulu dan paling penting, banyak kos terlibat bila kerajaan kena tanggung kos bersihkan salji ni.
Sebab tu mereka bina teknologi buang salji atau dipanggil “snow removing technology”.
Dekat negeri-negeri yang banyak salji ni, ada dipasang snow melter atau dipanggil “shosetsu”. Shosetsu ni bentuk dia macam water sprinkler rumput tu, tapi kalau kat Jepun diorang pasang dekat tengah jalan dan guna air panas yang dipam dari sistem bawah tanah.


Selain tu, diorang ada guna teknologi “heated road”. Heated road ni maksudnya jalan tu dipanaskan dengan paip yang salurkan air panas bawah jalan tu. Beza dengan shosetsu, dia tak guna water sprinkler, tapi jalan tu je yang dipanaskan dengan paip yang ditanam 10 cm bawah jalan.
Tapi heated road kat Jepun ni beza jugak dengan heated road dekat negara lain, sebab ada sesetengah kawasan diorang guna geothermal heat, iaitu haba yang diambil dari 200 meter dari perut bumi. Jadi lagi mudah lah tak ada pembaziran air panas kat situ.

Kadang saya terfikir,
Adakah Jepun ni Allah letakkan di situ kedudukan geografinya sebab Allah anugerahkan penduduknya secara umum mempunyai IQ yang baik, atau orang Jepun mempunyai IQ yang baik sebab ditempatkan di kawasan geografinya sebegitu?
#CatatanZunitaDiJepun
Sumber: Zunita Ramli