Melancong sememangnya sangat menyeronokkan apalagi dapat pergi beramai-ramai sama ada dengan kawan-kawan mahupun ahli keluarga. Setiap individu pastinya akan menyimpan hasrat untuk melancong ke sesuatu tempat apabila dia sudah bekemampuan suatu hari nanti.
Selain daripada tiada masa mahupun masalah kesihatan, masalah besar kebanyakan orang untuk pergi melancong adalah kerana tidak berkemampuan dari segi wang ringgit.
Seorang pengguna tiktok yang bernama @amirussalamaswadi membuat satu video untuk berkongsi tiga negara yang boleh rakyat Malaysia melancong hanya dengan bermodalkan RM500 sahaja. Negara yang dimaksudkan oleh Amir adalah:
1.Indonesia
Antara tempat yang boleh anda pergi melancong dengan bajet RM500 di Indonesia adalah Aceh, Jakarta dan juga Bandung.
2. Thailand
Bajet RM500 sudah cukup untuk anda pergi melancong di Krabi, Hatyai, Sangkhla dan Danok di Thailand.
3. Singapura
Meskipun kecil, Singapura sememangnya menjadi perhatian para pelancong untuk pergi melancong di sana.
@amirussalamaswadi Ready RM 500 travel terus 😉. Tempat mana yang paling korang nak pergi ? #tipstravel #travelmalaysia #tiktokguru #travelbucketlist
Sumber: Tiktok Amirussalamaswadi