Siakap Keli
Gambar: @fakta.indo

(Video) Palang Sampai Rosak, Tular Lelaki Bonceng Motosikal Terjatuh Terkena Palang Automatik

Satu video yang memaparkan seorang wanita yang menunggang motosikal melalui palang automatik telah menjadi tular di media sosial.

Video yang tular itu telah dikongsikan oleh sebuah akaun Intagram bernama @fakta.indo.

Video tersebut menjadi tular kerana pembonceng motosikal tersebut terjatuh kerana terlanggar palang automatik yang berada di lokasi kejadian.

Dalam video yang tular itu, dapat dilihat bahawa seorang wanita yang menunggang motosikal bersama dengan seorang lelaki di belakangnya melanggar palang automatik parkir Hospital Besar daerah Cut Mutia Lhokseumawe, Aceh, Indonesia.

Kelihatan bahawa wanita berkenaan sempat untuk meloloskan diri daripada palang automatik yang sedang turun itu namun tidak bagi lelaki tersebut.

Akibat daripada itu, lelaki tersebut telah terjatuh daripada motosikal berkenaan. Turut dapat dilihat bahawa palang automatik itu juga mengalami kerosakan akibat daripada rempuhan tersebut.

Video itu lantas menjadi tular di media sosial. Sehingga kini, ianya telah ditonton lebih 470 ribu kali.

Sumber: viva.co.id

Aqmal Ezany

I write what is right

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.