Barangkali amat jarang kita lihat situasi di mana pengantin ‘bersanding’ di pasar malam. Hal ini berbeza dengan perkongsian yang dikongsikan oleh pemilik akaun TikTok @amir_firdaus8 di mana dapat dilihat raja sehari tersipu-sipu malu apabila tiba di pasar malam tersebut.
Pakaian pasangan raja sehari tersebut telah menarik perhatian orang ramai. Para peniaga di pasar malam itu juga menunjukkan reaksi mereka dengan memainkan lagu pengantin dan paluan kompang.
Pasangan ini juga mengucapkan terima kasih kepada abang yang memasang lagu pengantin baharu dan rakaman paluan kompang tersebut. Kehadiran pasangan ini benar-benar menarik perhatian ramai pihak
@amir_firdaus8 terima kasih pada abng yang pasangkan lagu pengantin dan kompang ❤️
Menjengah ke ruangan komen, warganet juga turut berseloroh setelah menonton video tersebut.
Sumber: TikTok