Siakap Keli
Kredit: Popular Mechanics

Bigfoot: Pernah Disiasat FBI, Ini Fakta Dan Misteri Sosok Berbulu Dua Kaki

Pada tahun 2006, Malaysia dikejutkan dengan berita kewujudan bigfoot atau ‘orang mawas’ di Johor. Mawas, bigfoot atau hantu sejarang gigi yang digambarkan mempunyai fizikal yang tinggi daripada manusia dewasa, berbulu seperti beruk atau monyet dan berjalan menggunakan dua kaki seperti manusia. Ramai yang mendakwa telah terserempak dengan Bigfoot dan mengatakan makhluk itu bertubuh besar, memiliki gigi yang besar, mata berwarna merah, bulunya berwarna perang gelap atau merah kehitaman sehingga meliputi seluruh badan. Sesetengah saksi juga melihat makhluk berbulu seperti seekor gorila dan mempunyai ketinggian 7 hingga 8 kaki.

Penampakan demi penampakan dengan bukti yang meragukan seperti gambar-gambar yang kabur, kesan tapak kaki yang didakwa milik bigfoot di hutan serta cerita-cerita pengalaman orang yang terserempak dengan makhluk berbulu ini di dalam hutan. Adakah ia benar-benar wujud? Atau hanya salah satu jelmaan jin? Sama-samalah kita fikir dan nilai sendiri.

Bigfoot dikatakan tidak menyerang manusia atau mengganggu manusia sebaliknya akan melarikan diri jika terserempak dengan manusia malah sering berpindah kawasan sekiranya kewujudannya disedari oleh manusia. Dikatakan juga, ia hanya makan pucuk kayu muda dan akan menggosokkan badannya pada batang pokok untuk menghilang kegatalan pada tubuh.
Bigfoot dalam kalangan masyarakat Orang Asli Johor mendakwa, ia hidup dalam berkumpulan seperti satu keluarga yang dianggotai oleh ayah, ibu dan anak. Kebanyakkan bukti penemuan kewujudan makhluk ini adalah dengan penemuan kesan tapak kaki, helaian bulu dan kesan kerosakan hutan yang dipercayai dilakukan oleh makhluk misteri ini.
Kredit: Popular Mechanics

Kepelbagaian Nama Saintifik Bigfoot

Terdapat pelbagai nama gelaran Bigfoot di beberapa buah negara, antaranya:
1. Bigfoot, Sasquatch (Amerika Utara)
2. Kaptar, Biabin-Guli, Grendel, Ferla Mohir, Brenin Ilwyd (Eropah)
3. Ngoloko, Kikomba (Afrika)
4. Yeren (China)
5. Yowie (Australia)
6. Mapinguari (Amazon Amerika Selatan)
7. Yeti, Mawas (Asia)

9 Kisah Bigfoot dari Negara Luar

Setakat ini, belum ada orang yang berjaya membuktikan kewujudan Bigfoot selain daripada laporan penampakan dan beberapa penemuan artifak. Artifak yang paling terkenal adalah pada tahun 1967 menerusi sebuah filem yang digarap oleh Patterson–Gimlin. Walau bagaimanapun, laporan kewujudan Bigfoot tidak hanya datang dari satu tempat sahaja, malah muncul dari pelbagai wilayah dan negara. Berikut ini adalah kisah Bigfoot dari tempat-tempat lain.

Yeti

Yeti ialah sebutan Bigfoot di Nepal. Mereka juga dikenali sebagai manusia salju dan dikatakan memiliki ukuran yang lebih kecil daripada Bigfoot. Terdapat laporan agung Alexander yang dikatakan pernah melihat Yeti.

Yowie

Australia memiliki Bigfoot-nya sendiri yang dinamakan sebagai Yowie. Selain Yowie, terdapat nama panggilan lain bagi makhluk ini seperti Yahoo, Joogabinna, Jurrawarra, dan Tjangara. Berdasarkan cerita lagenda dari suku Aborigin, Yowie adalah makhluk yang wujud sejak awal kemunculan dunia ini dengan deskripsi manusia berambut dan berkaki besar.

Orang Pendek

Ini adalah Bigfoot versi Malaysia yang bersaiz jauh lebih keci seperti orang utan. Orang pendek berjalan dengan dua kaki dan banyak laporan telah dicatatkan mengenai penampakannya selama satu abad ini. Ramai yang berpendapat bahawa orang-pendek adalah primat yang belum diketahui dan ia bersembunyi di antara manusia.

Kredit: YouTube.com/Discovery Canada

Kera Sigung

Nama Kera Sigung ini diberikan kepada makhluk yang tinggal di Florida. Nama lainnya adalah kera rawa atau kera bau. Sesuai namanya, makhluk ini diceritakan memiliki bau yang menyengat hingga orang ramai boleh mengetahui keberadaannya melalui bau tersebut.

Kredit: southfloridaweekend.com

Almas

Almas dari Mongolia berbentuk seperti manusia dan saiz tubuh badannya hampir sama dengan manusia biasa tetapi memiliki berat lebih daripada 100 kilogram. Rambutnya sangat tebal dan boleh muncul dalam beragam warna. Laporan penampakannya sudah ada sejak awal tahun 1400-an.

Kredit: anomalien.com

Mande Barung

Berbeza dengan Bigfoot yang lain, Mande Barung dari India digambarkan sebagai manusia raksasa yang memiliki wajah kera. Orang-orang mengatakan Mande Barung wujud di timur laut India, tepatnya di hutan Meghalaya. Pada tahun 2008, dikatakan terdapat pemburu amatir yang mengaku pernah mendapatkan sampel rambutnya, tetapi ternyata rambut itu berasal daripada seekor rusa.

Kredit: Cryptid Wiki

Barmanou

Mereka yang melakukan perjalanan di pergunungan utara Pakistan dan Afghanistan pasti mendapat banyak cerita mengenai penampakan makhluk ini. Mungkin juga mereka adalah salah satu saksi yang pernah melihatnya. Seperti kera sigung dari Florida, Barmanou dikatakan memiliki bau yang tidak enak dan memakai sesuatu di tubuhnya seperti pakaian.

Kredit: mentalfloss.com

Yeren

Shennongjja, Tiongkok merupakan sebuah tempat yang mempunyai banyak gunung dan hutan. Ia dikatakan sebagai rumah Yeren, iaitu Bigfoot yang berasal dari Tiongkok. Yeren dikenali sebagai makhluk tinggi, berbulu merah kecoklatan dan boleh bergerak lebih cepat daripada manusia. Cerita tentang makhluk ini sudah beredar sejak dua ribu tahun yang lalu.

Kredit: cryptidz.fandom.com

Monster Fouke

Monster Fouke merupakan Bigfoot yang berasal dari Arkansas. Makhluk ini digambarkan mempunyai warna yang lebih gelap dan menakutkan. Terdapat laporan pada tahun 1970-an yang mengatakan bahawa makhluk ini pernah menyerang seseorang sehingga wujud sebuah filem berjudul The Legend of Boggy Creek yang terinspirasi daripada kisah tersebut. Monster Fouke merupakan spesies karnivor dan mampu membawa haiwan seberat 100 kilogram.

Kredit: sasysquatchgirl.com

Kisah Awal Penemuan Bigfoot: Antara Fakta dan Mitos

Kisah terawal tentang penemuan Bigfoot dilaporkan pada tahun 1811 apabila seorang juru ukur Kanada mendakwa beliau telah menemui tapak kaki yang sangat besar di Jasper, Kanada dan ia dipercayai milik makhluk yang belum dikenal pasti oleh dunia. Gelaran Bigfoot kemudiannya digunakan secara meluas oleh media selepas wujud satu lagi penemuan di Bluff Creek, California pada tahun 1959. Selain itu terdapat gambar dan rakaman video Bigfoot paling terkenal diambil pada tahun 1967 oleh Roger Patterson & Bob Gimlin di California Utara, Amerika Syarikat. Walau bagaimanapun, keabsahan bukti-bukti tersebut masih dibincangkan sehingga kini.

Dalam masa yang sama, kisah Bigfoot ini boleh diibaratkan seperti kisah dongeng atau mitos yang wujud tanpa bukti yang sahih, sama ada dalam kalangan masyarakat Malaysia itu sendiri mahupun luar negara. Terdapat juga ‘pakar-pakar’ self proclaimend experts yang cuba menerangkan fenomena-fenomena ini.  Namun begitu, terdapat pihak yang menyangkal kepercayaan tersebut dengan dakwaan bahawa jika benar Bigfoot ada di Malaysia, maka secara saintifiknya, DNA boleh diperoleh daripada acuan tapak kaki, sarang, najis atau makanan yang ditinggalkan oleh makhluk tersebut. Kemudian, jika DNA tersebut berjaya diperoleh, ia dapat menunjukkan hubungan genetik mawas dengan primat lain yang wujud di dunia ini. Haiwan yang telah pupus seperti Tyrannosaurus rex dan Wolly Mammoth pun berjaya dibuktikan kesahihannya melalui kajian DNA atau protein.

Akan tetapi, tiada hasil kajian yang pernah diterbitkan untuk membuktikan kewujudan mawas atau Bigfoot di Malaysia atau dimana-mana pelusuk dunia sehingga kini. Terdapat juga kajian DNA mengenai spesis manusia yang telah pupus di muka bumi namum masih belum ada sebarang penyelidikan daripada cryptozoologist-cryptozoologist ini yang diterbitkan dalam jurnal yang berwasit (telus).

Kredit: Travel Channel

Asal Usul Nama Bigfoot

Pada tahun 1958, seorang jurnalis bernama Andrew Genzoli dari Humboldt Times, telah meneliti surat dari pembaca tentang pembalak di California utara. Dalam surat tersebut, dia mendakwa telah menemukan jejak kaki besar yang misteri. “Mungkin kita memiliki kerabat Manusia Salju dari Himalaya,” tulis Genzoli dengan nada gurauan.

Pada awalnya, Genzoli menyangka bahawa cerita mengenai jejak kaki misteri itu boleh menjadi sebuah cerita yang menarik pada hujung minggu tetapi apa yang mengejutkan, ia benar-benar membuat para pembaca terpesona. Inilah awal sebuah legenda mengenai sosok makhluk besar yang bernama Bigfoot. Genzoli dan jurnalis Humboldt Times, Betty Allen, lantas menerbitkan artikel lanjutan mengenainya. Mereka “merasmikan” nama yang diberikan oleh pembalak kepada makhluk tersebut, iaitu Bigfoot, si kaki besar.

Kredit: Kompas.com

Penyelidikan Berkaitan Bigfoot

Sebuah penyelidikan DNA, Sasquatch Genome Project, yang dilakukan selama lima tahun dikatakan telah menunjukkan bukti jejak penemuan Bigfoot beserta kepingan gambar dan video. Hasil penelitian terbaru turut diungkapkan oleh anggota penyelidik pada hari Selasa bertarikh 1/10/2013, mengatakan bahawa Bigfoot adalah kerabat manusia yang wujud sejak 15000 tahun lalu.

Penyelidikan selama lima tahun itu dibiayai oleh seorang ahli perniagaan bernama Adrian Erickson berjumlah RM2,073,750.00. Ketchum dan ahli kumpulannya berjaya mengurai sampel genom yang dipercayai Bigfoot dan mengatakan bahawa makhluk tersebut merupakan hibrid (percampuran) manusia.  Hasil penyelidikan mereka berjaya mengurai 20 genom mitokondria secara keseluruhan, kemudian mereka menggunakan teknologi penguraian lanjut untuk mendapatkan 3 inti genom daripada sampel yang dipercayai sebagai Bigfoot.

Penguraian genom menunjukkan bahawa DNA mitokondria Sasquatch adalah sama dengan Homo Sapiens (manusia yang dicirikan bentuk kerangkanya lebih ringan dibandingkan dengan manusia). Namun begitu, DNA inti Sasquatch pula adalah berbeza. Pasukan penyelidik menggunakan sebanyak 111 spesimen (sampel) seperti rambut, darah, kulit dan lain-lain yang diperoleh daripada sampel Bigfoot.

Pada awalnya, Ketchum adalah seorang profesor veterina yang skeptis (ragu-ragu) akan kewujudan Bigfoot, akan tetapi, beliau telah menjumpai sebuah fakta mengenai Bigfoot dalam penyelidikannya itu. Menurut teori beliau, makhluk tersebut adalah hibrid manusia kerana ia sangat berbeza dan tidak mengikuti peraturan umum. Ketchum turut mengatakan bahawa pemerintah perlu mengakui kewujudan Bigfoot dan melindunginya daripada pihak-pihak yang cuba mengancam, memerangkap atau ingin membunuhnya.

Kredit: mongabay
Kredit: liputan6.com

Bigfoot vs Homo Sapiens

Bigfoot seperti yang diwar-warkan berbentuk seperti makhluk gergasi yang memiliki gigi yang besar, mata berwarna merah, bulunya berwarna perang gelap atau merah kehitaman sehingga meliputi seluruh badan. Sesetengah saksi juga melihat Bigfoot sebagai makhluk berbulu seperti seekor gorila dan mempunyai ketinggian 7 hingga 8 kaki. Ciri-ciri ini sangat berbeza dengan manusia moden atau Homo Sapiens.

Manusia atau nama saintifiknya Homo sapiens atau Homo sapiens sapiens ialah satu-satunya spesis Homo yang tergolong dalam Famili Hominidae yang masih hidup. Pelbagai definisi manusia dapat diertikan sama ada menurut biologi, rohani, dan istilah kebudayaan, atau secara campuran. Jika diertikan secara biologi, manusia dikelaskan sebagai Homo sapiens, iaitu sebuah spesies primat dari golongan mamalia yang dilengkapi dengan otak yang berkemampuan tinggi. Dalam hal kerohanian pula seperti agama, manusia atau Homo Sapiens dikaitkan hubungannya dengan kekuatan ketuhanan atau makhluk hidup. Mereka juga seringkali dibandingkan dengan bangsa-bangsa lain. Selain itu, dalam antropologi kebudayaan, mereka dijelaskan berdasarkan penggunaan bahasa, organisasi dalam masyarakat majmuk serta perkembangan teknologi.

Manusia sebagai makhluk homo sapiens merupakan makhluk yang sangat unik karena kelakuannya tidak hanya ditentukan oleh sistem organik biologinya saja, namun sangat dipengaruhi oleh faktor lingkungan hidupnya. Ini menghasilkan variasi pola kelakuan yang sangat besar antara individu dengan individu lainnya (Koentjaraninggrat 2009:82).

Kredit: Biology Online

Para pengkaji telah menemukan sampel paling awal dari spesies homo sapiens (manusia moden) di luar benua Afrika, iaitu di Yunani. Tengkorak yang ditemukan di Gua Apidima, Yunani, dianggarkan berusia 210,000 tahun dan mereka hidup ketika benua Eropa dikuasai oleh Neanderthal. Penemuan ini menguatkan bukti bahawa terdapat migrasi orang-orang dari Afrika yang lebih awak, tetapi tidak meninggalkan jejak dalam DNA manusia saat ini. Penelitian ini telah dimuat naik di Jurnal Nature pada 10 Julai 2019.

Pasukan pengkaji sebelum ini berjaya menemukan dua fosil tengkorak penting di Gua Apidima, Yunani pada tahun 1970-an. Satu fosil digambarkan sangat terdistorsi dan tidak lengkap sehingga memerlukan Pemindai Tomografi Terkomputasi (CT Scan) dan penanggalan seri uranium untuk mengungkap latar belakang sebenar fosil tengkorak itu. Fosil tengkorak yang lebih lengkap dan lebih muda usianya ialah Neanderthal. Namun fosil lainnya menunjukkan ciri-ciri yang jelas bahawa dia adalah manusia moden. Kajian DNA menunjukkan terdapat indikasi awal terjadinya perkahwinan silang antara manusia Afrika dan Neanderthal.

Kredit: BBC

Selain itu, fosil Homo Sapiens dari Skhul dan Qafzeh di Israel yang ditemukan pada tahun 1990-an dikatakan berusia antara 90,000 dan 125,000 tahun. Dalam beberapa tahun terakhir pula, muncul pemahaman bahawa spesies manusia moden yang berada di luar Afrika datang jauh lebih awal daripada yang diceritakan sebelum ini. Paleontolog telah menemukan fosil manusia moden di Daoxian dan Zhirendong di China yang diyakini berusia 80,000 hingga 120,000 tahun yang lalu.

Fosil tengkorak Apidima 2 yang dkatakan sebagai Neanderthal dan usianya lebih muda berbanding fosil manusia moden (Apidima 1) – BBC

Bigfoot Disiasat oleh FBI

Kisah Bigfoot ini benar-benar heboh dan menarik perhatian ramai sehingga pihak Federal Bureau of Investigation (FBI) pun turut memberi perhatian terhadap kisah ini. Lagenda binatang besar seperti beruk boleh ditemui di seluruh dunia, tetapi sejak tahun 1950-an, ia dikenali sebagai BigFoot dalam versi Amerika Syarikat dan sejak tahun 1976, FBI telah menumpukan perhatian mengenainya.

Pada tahun itu, Pengarah Peter Byrne dari Pusat Maklumat dan Pameran Bigfoot di The Dalles, Oregon, menghantar kepada FBI kira-kira 15 helai rambut yang melekat pada sebahagian kulit kecil. Byrne menulis bahawa organisasinya tidak dapat mengenal-pasti jenis haiwan itu dan berharap FBI dapat menganalisisnya. Dia juga ingin mengetahui adakah FBI telah menganalisis rambut Bigfoot yang disyaki sebelum ini; dan jika ya, apakah kesimpulan daripada analisis tersebut?

Kredit: History Stories

“Pada masa itu, Byrne adalah salah seorang penyelidik Bigfoot yang lebih menonjol,” kata Benjamin Radford, Timbalan Penyunting Skeptical Inquirer Magazine. Pada tahun 2019, ramai orang menganggap Bigfoot sebagai bodoh dan jenaka, atau apa sahaja. Tetapi pada tahun 1970-an, Bigfoot benar-benar popular ketika salah satu babak dalam filem The Six Million Dollar Man menonjolkan BigFoot.

Ia bertambah popular selepas Roger Patterson dan Robert Gimlin menunjukkan sebuah rakaman video pada tahun 1967 yang kononnya terdapat sosok Bigfoot di California Utara. Tetapi ramai orang mempercayai bahawa ia sebenarnya adalah seorang pelawak berkostum. Perlu diingatkan bahawa terdapat juga bukti asal yang membongkar sosok Bigfoot melalui jejak tapak kaki besar yang ditemui di rantau yang sama pada tahun 1958. Ia didedahkan oleh pembalak Ray L. Wallace pada tahun 2002.

Jay Cochran, Jr., Penolong Pengarah Bahagian Perkhidmatan Saintifik dan Teknikal FBI, memaklumkan kembali kepada Byrne bahawa FBI tidak dapat menganalisis sampel rambut Bigfoot kerana biasanya FBI hanya memeriksa bukti fizikal yang berkaitan dengan penyiasatan jenayah. Namun begitu, terdapat pengecualian prosedur jika ia perlu dilakukan demi kepentingan penyelidikan dan siasatan saintifik,” dan Cochran berkata dia akan membuat pengecualian sedemikian untuk Byrne.

Cochran mendapati bahawa rambut itu bukan milik Bigfoot. Pada awal tahun 1977, dia menghantar rambut itu kembali kepada Byrne bersama dengan kesimpulan saintifiknya: “Rambut itu berasal daripada keluarga rusa.” Empat dekad kemudian, biro itu menyahklasifikasikan “fail Bigfoot” berdasarkan analisis ini.

Kredit: History Stories

Untuk lebih jelas, ini bukanlah bukti bahawa FBI mengesahkan kewujudan Bigfoot lebih daripada siasatan tentera AS selama berdekad mengenai fenomena udara yang tidak dapat dijelaskan atau lebih dikenali sebagai UFO yang merupakan pengesahan terhadap kewujudan makhluk asing. “FBI memang memberi bantuan kepada penyelidik Bigfoot tetapi ia tidak boleh disalah anggap sebagai sokongan sebenar kerajaan terhadap realiti Bigfoot,” ujar Radford.

Walaupun begitu, penyokong Bigfoot mungkin akan memutarkan fakta tersebut. Mereka menganggap bahawa BigFoot sudah tentu nyata kerana jika tidak, FBI pasti akan menghiraukannya. FBI sebenarnya tidak menghantar pasukan penyiasat untuk mencari Bigfoot tetapi mereka hanya bersetuju untuk menjalankan analisis 15 sampel rambut yang diberi.

DNA Bigfoot dari Indonesia

Sekumpulan ilmuwan Inggeris meneliti lebih dari 30 sampel rambut yang diduga sebagai rambut makhluk mitologi Bigfoot dan Yeti Himalaya dari sejumlah negara, termasuk Indonesia. Mereka menemukan bahwa sampel-sampel itu berasal daripada makhluk seperti beruang, serigala, sapi dan rakun.

Pada tahun 2012, pengkaji di Universiti Oxford dan Muzium Zoologi Lausanne, Swiss telah meminta pihak muzium, para ilmuwan dan pemburu-pemburu Bigfoot untuk berkongsi sampel yang mereka yakini ia milik makhluk lagenda itu. “Saya rasa ada 5% peluang untuk menemukan sampel dari Neanderthal atau Yeti,” kata Bryan Sykes dari Universitas Oxford yang memimpin kajian itu.

Pemburu Bigfoot mengirim sampel rambut – BBC

Sykes dan rakan-rakan kerjanya menguji 36 sampel rambut dari Bhutan, India, Indonesia, Nepal, Rusia dan AS dengan menggunakan rangkaian DNA. Hasil mendapati bahawa kesemua sampel sesuai dengan DNA dari haiwan-haiwan yang sudah dikenali. Sebahagian besar berasal daripada beruang, tetapi ada pula rambut daripada tapir Malaysia, kuda, landak, rusa, domba dan manusia. Walaupun Sykes tidak menemukan bukti kewujudan Bigfoot, tetapi dia menyatakan bahwa ia bukan bererti Bigfoot tidak wujud.

Fakta bahwa tidak ada satu pun daripada sampel ini berasal daripada sosok Yeti, bukan berarti sampel berikutnya juga sebegitu,” katanya. Para ilmuwan menemukan dua sampel daripada beruang kutub di Himalaya yang tidak diketahui ia wujud di sana. Ia sekaligus menunjukkan bahawa terdapat spesies beruang baru atau hibrida yang tinggal di sana, kata Sykes.

Bigfoot Di California?

Kewujudan makhluk misteri seperti Bigfoot dan Loch Ness memang belum dapat dipastikan kebenarannya, namun penampakan kedua-dua makhluk ini kerap menghantui saksi mata yang pernah melihat kewujudannya seperti yang terjadi di California sebelum ini.

Makhluk Bigfoot dilaporkan berjaya dirakam di sebuah danau di sebelah utara California. Penemuan ini disaksikan oleh Keith, salah seorang petani di sana. Tidak hanya satu, Keith mendakwa melihat lima makhluk serupa berlarian di sekitar ladang ternakannya.

Kredit: KapanLagi.com
Kredit: KapanLagi.com

Bahkan, kesaksian Keith pun turut diakui oleh seorang paranormal kondang, Jeffry Gonzales. Beliau telah mengangkat kisah ini dalam sebuah rancangan temu bual miliknya, iaitu Paranormal Central. Menurutnya, “Salah satu daripada makhluk itu sangat tinggi dan membawa seekor babi di bahunya,” ujar beliau.

“Kelima-lima Bigfoot tadi lari bertempiaran. Salah satu daripada mereka yang sedang membawa seekor babi berlari  lebih laju daripada yang lain, tetapi kemudian ia tergelincir karena tidak melihat adanya saluran pengairan. Babi yang dibawa Big Foot tadi pun terlepas daripada bahunya.”

Makhluk ini berhasil tertangkap kamera, namun benarkan itu wujud dari Bigfoot? – KapanLagi.com

Menurut Gonzales, penampakan seperti itu bukanlah hal yang mengejutkan kerana ia juga kerap terjadi di East Fresno County. Gonzales turut bercerita mengenai tiga buah keluarga yang pernah menyaksikan penampakan Bigfoot padahal jarak rumah antara mereka sangat jauh.

“Ia sangat pelik kerana jarak rumah mereka kira-kira 3 km dan mereka juga tidak mengenali satu sama lain, tetapi cerita mereka sama,” jelas Gonzales. Pada tahun 1960-an, Bigfoot juga berjaya dirakam kamera Patterson-Glimin. Walaupun banyak yang meragui kesahihan video tersebut, mereka akhirnya menegaskan bahawa video tersebut adalah asli.

Lesen Memburu Bigfoot: RM 103,712.50 Sebagai Ganjaran

Menurut laporan agensi berita AP, cerita kewujudan makhluk mitos menyerupai mawas yang disampaikan dari mulut ke mulut sejak berdekad-dekad lalu, terutamanya dalam kalangan pengembara, kini telah menjadi sasaran penggubal undang-undang di Oklahoma, Amerika Syarikat (AS). Seorang ahli politik Republikan, Justin Humphrey, telah memperkenalkan rang undang-undang untuk mengisytiharkan musim memburu ‘Bigfoot’. Zon pemburuan itu, seperti yang dicadang oleh Humphrey termasuklah di kawasan hutan tebal di pergunungan Ouachita, tenggara Oklahoma.

Di situ, festival Bigfoot dianjurkan setiap tahun berdekatan sempadan Arkansas. Jelasnya, pengeluaran lesen memburu boleh meningkatkan aktiviti pelancongan. “Dengan meluluskan musim memburu dan mengeluarkan lesen kepada mereka yang hendak menjejaki Bigfoot, maka lebih ramai orang akan datang ke bahagian negeri kita yang indah ini,” ujar Humphrey dalam satu kenyataan.

Jelasnya, rang undang-undang itu hanya akan membenarkan aktiviti memasang perangkap dan dia juga berharap dapat mengumpulkan sejumlah AS$25,000 (RM 103,712.50)  sebagai ganjaran. Sementara itu, jurucakap Jabatan Konservasi Hidupan Liar Oklahoma, Micah Holmes, yang mengulas langkah itu berkata, selama ini jabatannya sudah menggunakan kaedah saintifik untuk mengkaji dan menjejaki Bigfoot, namun tidak pernah mengakui kewujudannya.
Justin Humphrey percaya rang undang-undang baharu itu akan melonjakkan aktiviti pelancongan di Oklahoma – Astro Awani

Rujukan

(1) Hasil Studi Ini Mengklaim “Bigfoot” Adalah Kerabat Manusia, 2013, https://nationalgeographic.grid.id/read/13285328/hasil-studi-ini-mengklaim-bigfoot-adalah-kebarat-manusia

(2) Bigfoot reward grows to over £1,500,000 as Oklahoma state government increases bounty, 2021, https://www.dailystar.co.uk/news/bigfoot-reward-grows-over-1500000-23651419

(3) Undang-undang baharu diperkenalkan, mahkluk mitos Bigfoot kembali diburu!, 2021, https://www.astroawani.com/berita-dunia/undangundang-baharu-diperkenalkan-mahkluk-mitos-bigfoot-kembali-diburu-279643

(4) Buhs, Joshua Blu ( 2009). Bigfoot: Kehidupan dan Masa Legenda. University of Chicago Press. hlm. 227, https://ms.memberpedia.net/137674-sasquatch-IYOQTZ

(5) Viral, Penampakan Monster Bigfoot di California, 2017, https://plus.kapanlagi.com/viral-penampakan-monster-bigfoot-di-california-0d18c8.html

(6)Bigfoot, Sejarah dan Mitosnya, 2021 https://internasional.kompas.com/read/2021/10/15/162428170/bigfoot-sejarah-dan-mitosnya?page=all

(7) Ilmuwan uji DNA Bigfoot dari Indonesia, 2014, https://www.bbc.com/indonesia/majalah/2014/07/140702_iptek_dna_bigfoot

(8) 10 Kisah Bigfoot dari Mancanegara, Berbeda Ukuran tapi Tetap Berbulu, 2020, https://www.idntimes.com/science/discovery/abraham-herdyanto/kumpulan-kisah-bigfoot-dari-berbagai-negara/9

(9) Homo Sapiens paling awal ditemukan di luar Afrika, diyakini berusia 210.000 tahun, 2019, https://www.bbc.com/indonesia/majalah-48948405

(10) Homo Sapiens, https://educalingo.com/ms/dic-ms/homo-sapiens

(11) Bab 1 Pendahuluan, http://scholar.unand.ac.id/37729/2/BAB%20I.pdf

(12) Bigfoot Was Investigated by the FBI. Here’s What They Found, 2020, https://www.history.com/news/bigfoot-fbi-file-investigation-discovery

Hanis Lyana