Roti telur biasanya dihidangkan semasa sarapan pagi. Telur yang dipecahkan ke dalam adunan roti serta dihidangkan bersama-sama kuah kari pasti dapat mengenyangkan perut anda sehingga tengah hari.
Roti telur yang biasa kita lihat di restoran atau kedai makan kebanyakannya berbentuk bulat mahupun petak. Tetapi berbeza pula dengan perkongsian video dari @abangterbang ini, roti telur ini berbentuk seakan-akan biawak.
Menerusi perkongsian video itu, pemilik akaun @abangterbang diminta oleh warganet di ruangan komen sebelum ini untuk membuat roti telur yang berbentuk biawak.
@abangterbangReply to @daaaaaniel4 roti biyawa wunnek.tulur kasi duwa,yitu biyawa kasi banjih.##esekeli ##nismilan ##kolopilah ##myfoodie ###fyp ##roticanaiterbang♬ Amityville Horror – Scary Halloween Sound Effects – Halloween Sound Effects
Menjengah ke ruangan komen pula, rata-rata warganet berseloroh selepas menonton video itu.
Sumber: TikTok