Siakap Keli

Jual 500 Barang Elektrik Serendah RM20, Grand Senheng Elite Buat ‘Opening’ Jimat Sampai RM2,000

Kalau boleh dapat yang lebih berbaloi, kenapa perlu bayar pada harga asal kan. Begitulah situasi yang sering pembeli fikirkan setiap kali promosi atau diskaun ditawarkan. Tidak kiralah sama ada menerusi fizikal ataupun dalam talian, ianya tidak akan mematahkan semangat mereka, tambahan lagi ada penawaran yang berbaloi.

Kalau nak cakap mengenai pembelian yang berbaloi, tidak lain tidak bukan pastinya akan terfikirkan mengenai Senheng. Lagi-lagi kalau anda mahu memilik peralatan elektrik yang baharu serta berkualiti tinggi dan canggih.

Pembukaan Rasmi Grand Senheng Elite SS2

Sebenarnya, pada 11 sehingga 14 November 2021 ini, Senheng akan melancarkan Grand Senheng Elite SS2 Grand Opening yang sudah pastinya memberikan pelbagai manfaat kepada anda semua.

Grand Senheng Elite SS2 yang dilancarkan ini akan mengetengahkan banyak penawaran yang menanti anda dengan pelbagai pilihan serta dapat meningkatkan pengalaman beli-belah anda ke tahap yang maksima.

Apa yang menariknya sempena pelancaran ini, ia merupakan kedai perdana yang terbesar dan yang pertama di Malaysia yang mempunyai keluasan sehingga 14,000 kaki persegi. Kalau dah besar macam ni, mesti ‘complete‘ lah dengan pelbagai barangan elektronik yang anda cari.

Antara jenama yang terlibat dalam penawaran promosi pada pelancaran tersebut adalah Samsung, Panasonic, Sharp, LG, Sony dan banyak lagi. Semuanya jenama yang terkenal, sudah pasti anda yakin dengan kualiti dan kebolehan dalam setiap barangan yang ‘dipersembahkan’ kepada anda.

500 Unit Peralatan Kecil Dengan Harga RM20*

Apa yang menariknya di Grand Senheng Elite ni, dengan hanya RM20* sahaja pun anda sudah boleh memiliki barangan-barangan yang sebenarnya berharga jauh lebih tinggi pada tempoh 11 sehingga 14 November ini. Antara barangan yang dijual pada harga RM20* adalah mesin pengisar, cerek air, periuk nasi, seterika dan banyak lagi.

Kalau dah murah macam ni, tak kan nak lepaskan peluang pula kan. Tapi kena cepat lah sebab pelbagai barangan yang dijual pada harga RM20* hanya ada sebanyak 500 unit sahaja.

S-Coin Cashback Sehingga 80%*

Antara salah satu promosi terbesar Grand Senheng Elite pada kali ini adalah penawaran S-Coin Cashback sehingga 80%* apabila anda membeli barangan-barangan yang terpilih. S-Coin yang dimaksudkan sebenarnya boleh dikumpul bagi setiap pembelian dan anda boleh menebus apa-apa produk elektrik pada pembelian yang seterusnya. Sama juga seperti membayar tunai, S-Coin turut memberikan kepuasan dan lebih rasa berbaloi dalam kalangan pembeli di Grand Senheng Elite.

Antara produk yang menawarkan sehingga 80% S-Coin Cashback* adalah Washer Dryer jenama Samsung, 68L Electric Oven jenama Khind dan Easy Fry Precision jenama Tefal. Sebenarnya, bukan itu sahaja kerana terdapat juga penawaran S-Coin Cashback sebanyak 60%*, 40%* dan 20%* yang boleh anda nikmati.

Untuk senarai produk terlibat yang menawarkan S-Coin Cashback dalam promosi kali ini adalah seperti di bawah:

Boleh Jimat Sehingga RM2,000*

Kalau lihat balik pada penawaran pada kali ini, boleh dihitung bahawa penjimatan boleh mencecah sehingga RM2,000*. Walau bagaimanapun, promosi ini hanya tertakluk kepada produk-produk terpilih yang memberikan penawaran terbaik yang pasti anda tidak mahu lepaskan.

Faedah Lepas Jualan

Bukan setakat S-Coin Cashback pada nilai yang tinggi sahaja, anda juga boleh menikmati tambahan satu tahun percuma waranti daripada waranti kilang yang sudah tersedia. Jadi tak perlu risaulah kalau peralatan yang dibeli bermasalah kerana waranti dilanjutkan dalam masa yang cukup lama.

Selain itu, terdapat juga ansuran bayaran yang fleksibel dengan mod pembayaran berkali yang boleh anda nikmati. Jadi tak perlu lah keluarkan ‘cash‘ yang banyak dalam satu-satu masa kan. Tidak dilupakan juga, anda juga boleh menyertai tawaran beli-belah melalui Live Stream mengikut jenama-jenama yang terlibat.

Promosi Lain

Betul lah Grand Senheng Elite memang ‘buat gila’ kali ini. Apa tidaknya, ingatkan hanya tawarkan S-Coin Cashback sehingga 80%* tapi turut memberikan diskaun harga bagi barang-barang yang tertentu.

Seperti barangan Astonish, anda ditawarkan dengan promosi Beli Satu Percuma Satu dengan harga hanya RM45 bagi Oxy Plus Multi-Use Stain Remover dan Enbliss Safe Dish Wash Lemon 500ml.

Selain itu, barangan Delighto Cookware Bundle Deal (3pcs) juga turut dipromosikan dengan diskaun sehingga 60%*. Tak habis setakat itu sahaja, Grand Senheng Elite juga tawarkan pembelian Cento Fan Duster Special Deal dengan hanya RM35 sahaja, yang harga asalnya hampir mencecah RM70.

Selain itu, anda juga ditawarkan dengan Armarior Year End Promotion iaitu Kitchen Makeover Pakage & Full House Renovation Package. Bukan setakat dapur dan rumah akan jadi lebih lawa, tapi anda juga akan mendapat percuma LG Styler, ROBAM Hood & Hob, dan BASISTEM Kitchen Accessories menerusi promosi ini. Lebih mudahnya, anda boleh mengunjungi bilik pameran di Grand Senheng Elite, SS2.

Kalau nak disenaraikan satu-satu, memang banyak yang Grand Senheng Elite tawarkan buat anda semua. Bila dah ada peluang berbaloi begini, mesti dah tiada alasan kan untuk mendapatkan pelbagai barangan tersebut.

Jadi, tunggu apa lagi, korang boleh terus ke Grand Senheng Elite SS2 Grand Opening yang berlangsung dari 11 sehingga 14 November. Jangan lupa ajak ahli keluarga dan kawan-kawan pula.

Pembukaan Rasmi Grand Senheng Elite, SS2

Tarikh: 11 Nov sehingga 14 Nov 2021

Masa: 10am – 8pm

Google Map: https://bit.ly/31shNt3

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.