Siakap Keli

Malaysia Tempat Ke-10 Dalam ‘Ranking’ Negara Dunia Lengkap Vaksin COVID-19

Seperti yang kita tahu, penerimaan vaksin COVID-19 di Malaysia boleh dikatakan berada di tahap yang memberansangkan. Malah menurut kemaskini di laman web COVIDNOW, 94.9 peratus populasi dewasa telah lengkap vaksinasi.

Malaysia turut menduduki tempat ke-10 dalam ranking negara-negara dunia yang telah lengkap vaksinasi COVID-19, mengikut kemaskini ‘Tracking Coronavirus Vaccinations Around the WorldNew York Times hari ini.

Berdasarkan laporan tersebut, 77 peratus daripada populasi Malaysia lengkap vaksinasi, manakala 80 peratus telah menerima vaksin COVID-19. Ia meletakkan Malaysia di tangga ke-14 dalam senarai negara dunia yang menerima sekurang-kurangnya satu daripada dos vaksin berkenaan. Pun begitu, hanya 1.1 peratus penduduk di Malaysia dilaporkan telah menerima suntikan dos tambahan.

Sementara itu, negara Emiriah Arab Bersatu (UAE) berada di tangga pertama bagi populasi dunia yang telah menerima vaksinasi dan lengkap vaksinasi, di mana lebih 99 peratus penduduk negara tersebut telah menerima suntikan vaksin COVID-19.

Menurut New York Times, lebih daripada 4.02 billion (52.3 peratus) populasi dunia telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin COVID-19 setakat ini, manakala 41 peratus daripada jumlah tersebut telah lengkap vaksinasi.

Gambar: New York Times

Sumber: New York Times

Eyla Azri

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.