Siakap Keli
Gambar Hiasan via Bernama

Maybank2u, ATM & Beberapa Servis Maybank Akan Tergendala Rabu Ini

Pihak Maybank menerusi akaun Twitter sebentar tadi memaklumkan bahawa mereka akan menjalankan penyelenggaraan harian bagi 10 November esok akan diawalkan pada 11.30 malam sehingga 11.59 malam.

Menurut makluman itu, ia bertujuan memberi ruang kepada pengguna untuk menggunakan perbankan online bagi tujuan ‘11.11 online shopping’ tanpa sebarang gangguan.

“Kepada pelanggan yang dihormati, harap maklum bahawa kami akan mempercepatkan penyelenggaraan harian kami kepada pukul 11.30 malam hingga 11.59 malam pada 10 November (Rabu).

“Ini bermakna anda boleh menikmati beli-belah ‘11.11 online shopping’ tanpa ada sebarang gangguan pada tengah malam,” maklum kenyataan tersebut hari ini.

Justeru, perkhidmatan yang tergendala sebentar pada tempoh tersebut ialah Maybank2u, MAE App, QRPay Biz App dan Wealth App serta pembayaran online FPX.

Selain itu, perkhidmatan lain yang turut tergendala termasuklah transaksi kad debit dan mesin-mesin khidmat diri seperti ATM, deposit tunai serta mesin deposit cek.

“Sebarang maklumat lanjut boleh diajukan kepada kami menerusi emel [email protected],” tambah makluman itu lagi.

Sumber: Twitter Maybank

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.