Aplikasi Google Maps menjadi platform peta digital yang sangat popular di dunia. Ia bukan sahaja memudahkan orang ramai untuk mencari jalan atau lokasi yang ingin dituju tetapi juga turut menyediakan imej satelit serta pemandangan panorama interaktif (street view).
Pun begitu, banyak titik lokasi di dalam aplikasi itu yang tidak tepat sehingga membuatkan pengguna keliru atau tersesat. Keadaan itu mungkin disebabkan oleh faktor GPS atau titik lokasi yang sedia ada telah beralih atau hilang daripada Google Maps.
Sehubungan dengan itu, pengguna sebenarnya boleh menambah atau memasukkan sendiri nama jalan atau lokasi pada Google Maps berdasarkan pengesahan daripada pihak Google. Korang boleh melakukannya dengan menggunakan telefon Android atau tablet.
Untuk ketahui caranya, ikuti langkah-langkah yang disediakan di bawah ini.
1. Buka laman web Google Maps pada PC
2. Klik pada ikon tiga baris di sebelah kiri
3. Pilih Edit the Map
4. Klik pada menu Mising road
5. Gerakkan pin ke lokasi atau jalan yang korang nak tambah
6. Tulis nama jalan dan submit
Pihak Google akan memeriksa permohonan yang dilakukan dan akan memaklumkan mengenai status permohonan tersebut menerusi email. Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua.
Sumber: Google Support