Siakap Keli

Senarai 10 Filem Box Office Berkaitan Ikan Dengan ‘Rating’ Lima Keatas

Idea untuk membuat sesuatu filem atau drama bukan mudah untuk dihasilkan. Terlalu banyak aspek  yang perlu difikirkan kerana ianya melibatkan banyak perkara seperti wang ringgit, kualiti dan prestasi karya serta banyak lagi perkara lain.

Namun, pernahkah anda terfikir bahawa ikan di lautan juga boleh membantu menarik minat masyarakat luar untuk menonton sesebuah filem sehingga kebanyakannya box office. Mari kita lihat beberapa senarai filem yang gempak dengan rating tertinggi dari dulu sehingga kini.

1. Jaws (1975) [8.0/10]

Jaws (1975) - IMDb

Filem lautan terbaik semestinya jatuh kepada filem Jaws yang sangatlah terkenal. Filem ini telah mengubah persepsi orang ramai terhadap ikan jerung. Filem ini sering disebut sebagai salah satu filem paling hebat sepanjang zaman tetapi ia tidak dinafikan telah menyumbang kepada imej jerung sebagai pemakan manusia di seluruh dunia.

2. The Little Mermaid (1989) [7.6/10]

The Little Mermaid (1989) - IMDb

Muzikal klasik Disney ini mengisahkan tentang Ariel, ikan duyung yang memberontak kerana terpesona dengan dunia di atas tanah tetapi tidak dipersetujui oleh bapanya iaitu Raja Triton. Berikutan perjanjian dengan ahli sihir laut yang jahat, Ariel bertemu dan jatuh cinta dengan seorang manusia sebenar. Ia tidak dinafikan sebagai salah satu filem bawah air yang terbaik untuk kanak-kanak.

3. Deep Blue Sea (1999) [5.9/10]

Deep Blue Sea (1999) - IMDb

Deep Blue Sea dibintangi Samuel L. Jackson dimana wataknya perlu mengambil jerung yang diubah suai secara genetik di kawasan penyelidikan terpencil, di mana jerung itu cuba melarikan diri ke lautan terbuka. The Deep Blue Sea ada sambungannya pada tahun 2018 dan 2020. Filem ini telah mendapat Box Office di seluruh dunia.

4. Finding Nemo (2003) [8.1/10]

Finding Nemo (2003) - IMDb

Filem Finding Nemo juga merupakan satu filem animasi yang sangat memberi kesan kepada kanak-kanak. Watak-watak ikan dilakonkan dengan cemerlang telah memaparkan ciri-ciri kehidupan sebenar yang telah dipindahkan ke dalam personaliti mereka. Filem ini menjadi hiburan keluarga yang sempurna dan sekaligus mengajar kanak-kanak beberapa ilmu berkaitan ikan.

5. Into The Blue (2005) [5.9/10]

Into the Blue (2005) - IMDb

Filem ini mengisahkan tentang sekumpulan penyelam muda yang pergi mencari kapal harta karun legenda di Bahamas. Semasa menyelam, mereka terjumpa bangkai kapal terbang yang penuh dengan dadah sehingga akhirnya membawa mereka ke jalan cerita bawah tanah perusuh dan pelbagai aksi bawah air. Filem ini mempunyai banyak rakaman ikan jerung dan menariknya, rakaman tersebut dirakam menggunakan jerung liar secara langsung.

6. Aquamarine (2006) [5.4/10]

Aquamarine (2006) - IMDb

Dua remaja perempuan iaitu Joanna “JoJo” Levesque dan Emma Roberts mendapati bahawa ikan duyung benar-benar wujud selepas ribut ganas menghanyutkan ikan duyung sebenar ke darat. Ikan duyung bernama Aquamarine (Sara Paxton), bertekad untuk membuktikan kepada bapanya bahawa cinta sejati wujud, dan meminta bantuan gadis-gadis itu untuk memenangi hati seorang penyelamat yang kacak (Jake McDorman).

7. Duyung (2008) [5.3/10]

Duyung (2008) - IMDb

Filem duyung ini juga sangatlah terkenal di Malaysia suatu masa dahulu. Lakonan Maya Karin dan Saiful Apek telah menarik para penonton meskipun ramai yang mengatakan bahawa cerita tersebut sangat tidak logik. Filem ini mengisahkan seorang pemuda yang bernama Jimmy yang mempunyai satu tabiat sejak kecil dimana dirinya suka menjaga kebersihan alam sekitar. Setelah pinangannya ditolak, Jimmy kemudian membaiki pulaunya sehinggakan ikan duyung terjerat di tali ikatannya. Akhirnya Jimmy dan ikan duyung berkawan baik sehingga Jimmy menjadi seorang yang kaya hasil dari pemberian emas daripada ikan duyung.

8. Finding Dory (2016) [7.3/10]

Finding Dory (2016) - IMDb

Dory merupakan ikan biru yang telah dipisahkan daripada ibu bapanya iaitu Jenny dan Charlie sejak kecil lagi. Apabila dia membesar, Dory cuba mencari mereka, tetapi secara beransur-ansur melupakan mereka kerana kehilangan ingatan jangka pendeknya. Kemudian, dia menyertai Marlin si clownfish, mencari Nemo. Selepas setahun bertemu Marlin dan Nemo, Dory mengimbas kembali dan mengingati ibu bapanya. Dia memutuskan untuk mencari mereka, tetapi masalah ingatannya menjadi penghalang. Ia tiba-tiba teringat bahawa mereka tinggal di “Jewel of Morro Bay, California” di seberang lautan apabila Nemo menyebut nama itu.

9. Aquaman (2018) [6.9/10]

Aquaman (2018) - IMDb

Filem Aquaman merupakan filem yang sangat ditunggu-tunggu sebelum ini. Filem ini melakukan segala yang diharapkan daripada penonton dengan menunjukkan aksi dan pengembaraan tanpa henti yang merangkumi dunia bawah laut yang luas di tujuh lautan. Filem ini sangatlah diminati oleh para penonton aksi di luar sehingga menjadikannya Box Office.

10. 47 Meters Down: Uncaged (2019) [5.0/10]

47 Meters Down: Uncaged (2019) - IMDb

Empat remaja penyelam mendapati bahawa runtuhan tenggelam bandar Maya juga merupakan tempat memburu jerung putih besar yang boleh membawa maut. Dengan bekalan udara mereka semakin berkurangan, gadis-gadis yang ketakutan itu mesti menavigasi bawah air gua sesak dan terowong yang menakutkan untuk mencari jalan keluar dari ‘neraka berair’ tersebut.

Haa itulah 10 filem terbaik berkaitan ikan di Malaysia. Adakah anda bersetuju dengan senarai 10 filem terbaik berkaitan ikan di atas?

Akhmar Ikmal

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.