Singkatan ‘OOTD’ yang bermaksud ‘outfit of the day’ menjadi salah satu sebab mengapa warganet gemar untuk mengambil gambar. Fenomena ‘Ootd’ ini amatlah digemari warganet lebih-lebih lagi golongan muda. ‘Ootd’ ini dalam bahasa Melayu boleh disebut sebagai ‘gaya pakaian untuk hari ini’
Oleh itu, tidak peliklah jika ada yang memuatnaik gambar di laman media sosial dengan hashtag ataupun kapsyen #ootd. Walau bagaimana pun, selalunya gambar seperti ini diambil di tempat yang menarik dengan pemakaian yang cukup berfesyen.
Itulah yang ingin dikongsikan oleh pemilik akaun TikTok Khyerulbrryh Ahmad Zamil ini. Menerusi perkongsian video tersebut, beliau ingin berkongsikan situasi di mana seorang wanita ingin menangkap gambar ‘ootd’ di tepi pantai.
Tetapi, situasi ingin bergambar tersebut telah bertukar kepada situasi lain di mana, wanita itu telah disapa ombak ketika sedang sibuk posing untuk bergambar.
@kerryberry._2 Jalan2 kelate @xnhosniey cancel😂😂
♬ original sound – Khyerulbryyh Ahmad Zamil – Khyerulbryyh Ahmad Zamil
Menjengah ke ruangan komen, ada juga yang turut berkongsikan pengalaman yang dialami mereka ketika sedang ‘ootd’.


Sumber: TikTok Khyerulbrryh Ahmad Zamil