Siakap Keli
Kredit: TikTok @kamiada_

(Video) Cara Tentukan Kiblat Surau Bergerak Menggunakan Kompas

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Salah satu syarat sah solat adalah menghadap kiblat ketika bersolat. Dalam situasi biasa seperti di rumah, surau mahupun masjid, kita tidak mempunyai masalah dalam menentukan arah kiblat.

Namun, apabila kita berada di lapangan atau di atas kenderaan, menentukan arah kiblat merupakan salah satu masalah yang sangat sukar untuk diselesaikan.

Dengan adanya surau bergerak, sedikit sebanyak dapat memudahkan pengunjung atau mana-mana pengguna untuk menunaikan ibadah solat lebih-lebih lagi di kawasan lebuh raya.

Walau bagaimanapun, kadangkala kita tidak dapat menentukan arah kiblat dengan tepat. Menerusi perkongsian akaun TikTok @kamiada_ dari Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, pegawai itu menunjukkan cara menentukan arah kiblat dengan menggunakan kompas di atas surau bergerak.

Antara cara untuk menentukan arah kiblat menggunakan kompas adalah seperti berikut:

  1. Betulkan jarum kompas ke arah utara dan kunci jarum itu.
  2. Jarum berwarna kuning atau keemasan itulah arah kiblat.

Walau bagaimanapun, surau bergerak itu perlu meletakkan bahagian belakang bas itu mengadap kiblat dan bahagian depan bas itu membelakangi kiblat.

Untul lebih mudah faham, boleh tonton video yang dikongsikan menerusi akaun TikTok @kamiada_

@kamiada_

Reply to @hafizuddin986

♬ Pieces (Solo Piano Version) – Danilo Stankovic

Sumber: TikTok

Aireena Marizan