Siakap Keli
Gambar: TikTok Sarah.Andre

(Video) Macam Permainan ‘Lampu Merah Lampu Hijau’, Si Oyen Berhati-hati Melangkah Risau Kantoi Bergerak

Kalau pernah tengok siri Squid Game di Netflix, sudah pasti anda mengetahui mengenai permainan ‘Lampu Merah Lampu Hijau’. Walaupun permainan itu mempunyai unsur pembunuhan, namun apa yang dilakukan oleh kucing ini seakan-akan sama dengan permainan tersebut.

Menerusi perkongsian di akaun TikTok Sarah.Andre dapat dilihat si Oyen sedang bermain ‘lampu merah lampu hijau’ dengan tuannya.

Didalam video tersebut dilihat Oyen berhenti berjalan dan kaku apabila pemiliknya Emilythrune memaling wajah beliau persis seperti permainan ‘lampu merah lampu hijau’.

Ditambah lagi dengan muzik latar belakang yang diisi ialah lagu tema drama tersebut.

@sarah.andre1

@emilythrune #squidgame #redlightgreenlight #fyp

♬ Pink Soldiers – 23

Menjengah ke ruangan komen, ramai warganet yang memberikan reaksi yang menggelikan perut:

Kelsey Mac: ‘Kucing itu akan jadi 45.6 bilion won lebih kaya nanti’

Gambar: TikTok Sarah.Andre

Whysoserious: ‘Kucing tersebut baru sahaja selesai menonton ‘Squid Game”

Gambar: TikTok Sarah.Andre

s.codec: ‘Squid Cat’

Gambar: TikTok Sarah.Andre

Sumber: TikTok Sarah.Andre

Zahirah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.