Siakap Keli
Gambar: TikTok @sandibarita1

(Video) “Mainstream Ke Gunung Bawak Cewek,” Video Viral Anak Daki Gunung Bismo Bawa Mak

Mendaki gunung adalah salah satu hobi yang cukup popular sejak kebelakangan ini, terutamanya dalam kalangan pencinta alam.

Walaupun ramai yang dah mula berjinak-jinak dengan aktiviti mendaki, tapi hobi ni bukanlah untuk sebarangan orang. Pendaki perlu punya stamina yang tinggi kerana untuk sampai ke puncak tak semudah yang disangka.

Manakan tidak, mendaki gunung bukan sekadar berjalan menyusuri trek. Kadang tu pendaki perlu memanjat untuk naik ke tebing yang mungkin agak curam. Sebab itu tak sedikit pendaki gunung yang ‘kecundang’ di tengah jalan dan terpaksa batalkan niat untuk ke puncak atau ‘summit‘.

Tapi lain pula dengan lelaki warga Indonesia yang dikenali sebagai Sandi Barita Siregar ni. Kalau selalu kita tengok orang bawak pasangan naik gunung, tapi lelaki ni pulak bawak ibunya sendiri mendaki sampai puncak.

Video aktiviti pendakiannya bersama si ibu turut dimuatnaik di laman TikTok @sandibarita1 dan mendapat sorotan warga net. Video tersebut telah ditonton sebanyak 11.4 juta kali di TikTok setelah sehari dimuatnaik.

Dalam video berkenaan, Sandi dilihat telah tiba di kawasan puncak dan menyapa pendaki lain di puncak Gunung Bismo yang terletak di wilayah Jawa Tengah, Indonesia. Sandi juga sempat berseloroh dengan pendaki berkenaan yang dipercayai membawa pasangan untuk mendaki sampai ke puncak gunung.

“Bang, mainstream ke gunung bawak girlfriend, saya bawak emak,” seloroh Sandi dalam bahasa Indonesia, disambut gelak tawa para pendaki.

@sandibarita1Anti mainstream naek gunung SMA emak ##fyp ##gunungbismo

♬ suara asli – sandibarita1

“Definisi tak boleh makan kalau bukan masakan mak..”

Menjengah ke ruangan komen, warga net turut senang dengan gelagat dua beranak ini yang berjaya mendaki sampai puncak. Tak kurang juga warga net yang kagum dengan stamina ibu Sandi dan mendoakan kesihatannya.

Sumber: TikTok @sandibarita1

Eyla Azri