Siakap Keli
Kredit: Pet Keen

Bukan Sebab Cahaya? Macam Mana Ayam Tahu Sudah Waktu Pagi Dan Rupanya Ada Giliran Berkokok Ikut ‘Kedudukan Sosial’

Perasan tak, kenapa ayam akan berkokok pada waktu awal pagi dan macam mana ia boleh tahu yang itu adalah ‘waktunya’ untuk berkokok? Merujuk kajian Hartwood Farm di US, otak ayam dikatakan sangat sensitif dengan cahaya.

Bagaimanapun dua penyelidik dari Universiti Nagoya menerusi National Geographic pula mendakwa, ayam yang bangun dan berkokok itu bukanlah kerana terstimulasi cahaya, cuma ia salah satu rutin dalam circadian rhythm mereka.

Namun penyelidik lain, Takashi Yoshimura berpendapat, ada faktor-faktor peringkat sosial yang mempengaruhi waktu ayam untuk berkokok. Kata Yoshimura, setiap kokokan ayam itu adalah ‘signal’ isyarat keahlian sesama mereka.

Merujuk laporan Detik, penyelidik itu juga menyatakan bahawa hanya ayam jantan yang memiliki ranking sosial tertinggi dalam kawanannya sahaja yang ‘layak’ untuk berkokok pada awal pagi.

Manakala ayam-ayam jantan lain yang berkedudukan pada ranking sosial lebih rendah daripadanya pula perlu ‘bersabar’ dan menunggu giliran masing-masing untuk berkokok pada waktu-waktu seterusnya.

Berbalik kepada hal ayam terangsang dengan cahaya, kajian penyelidik Jepun tadi turut menunjukkan di mana jika ayam jantan ditempatkan di bawah cahaya pada waktu lain, mereka tetap akan berkokok pada waktu awal pagi.

Menurut Detik lagi, situasi seperti itu jelas membuktikan bahawa mana-mana ayam jantan memang akan tahu bilakah masanya waktu pagi untuk mereka berkokok, seperti yang disebutkan dalam laman Live Science.

Selain itu, menurut Science Daily, seorang penyelidik dari Universiti Texas mendakwa terdapat banyak persamaan antara mata ayam dan mata manusia. Pada mata haiwan, wujud deria yang merangsang isyarat cahaya dan ‘menterjemahkannya’ dalam otak mereka.

Kesimpulan penyelidik ini, ayam-ayam memang tahu waktu untuk berkokok berpandukan keadaan cahaya. Umumnya, ayam akan berkokok pada siang hari sebagai respons kepada cahaya dan kokokan ayam jantan yang lain, cuma kokokan pada awal pagi biasanya lebih nyaring.

Sumber: Detik

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.