Siakap Keli
Gambar: Mothership

Empat Ekor Singa Di Night Safari Singapura Disahkan Positif Covid-19, Dipercayai Berjangkit Daripada Seorang Staf

Empat ekor singa baka Asia di Night Safari Singapura disahkan positif COVID-19 setelah tertular virus tersebut dari salah seorang staf di sana, lapor media tempatan.

Menurut laporan Mothership, singa-singa berkenaan menunjukkan simptom ringan seperti batuk, bersin dan tak bermaya sejak 6 November lalu dan diperiksa oleh pihak Perkhidmatan Haiwan dan Veterinar (AVS).

AVS telah mengeluarkan arahan untuk mengisolasi sembilan ekor singa baka Asia dan lima singa Afrika di Night Safari itu dari kawanan mereka. Ia termasuk lima ekor singa yang menunjukkan simptom.

Tambah portal tersebut, pihak berwajib dan pihak pengurusan Night Safari kini sedang bekerjasama memantau keadaan singa-singa berkenaan dan akan menguji sampel singa-singa lain.

Berdasarkan pemerhatian Pertubuhan Kesihatan Haiwan Sedunia (OIE), AVS meyakinkan orang awam bahawa setakat ini belum ada bukti yang menunjukkan haiwan sebagai medium penyebaran penyakit kepada manusia. Pun begitu, terdapat beberapa kes sebelum ini di mana haiwan tertular penyakit dari individu yang dijangkiti.

Sumber: Mothership

Eyla Azri

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.