Siakap Keli
Gambar Via Vulcan Post

Harga Minyak RON97 Naik Lagi, RON95 & Diesel Masih Kekal

Kementerian Kewangan Malaysia hari ini telah memaklumkan mengenai harga runcit baharu bagi produk petroleum yang berkuatkuasa dari tempoh 11 November hingga 17 November ini.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan di Twitter, harga runcit petrol RON97 naik sebanyak 2 sen seliter iaitu daripada RM3.06 seliter kepada RM3.08 seliter.

Manakala, harga runcit petrol RON95 kekal pada paras RM2.05 seliter dan harga runcit diesel juga kekal pada paras RM2.15 seliter.

Menurut kementerian itu, pengekalan harga RON95 dan diesel adalah usaha kerajaan dalam melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global.

Sumber: MOFMalaysia

Sofea

Iqra'.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.