Siakap Keli

Korang Nak Sangat Kan? McD Dengar ‘Keluhan’ Rakyat Malaysia, Kini Kembalikan Ayam Goreng 3X Pedas Dalam Menu

Mesti ramai daripada kita yang suka makan pedas kan? Makanan pedas dengan Malaysia memang tak dapat dipisahkan. Dapat pulak yang pedas berapi sampai berpeluh-peluh, fuh memang layan habis!

Kalau korang gelar diri sendiri makan pedas tapi tak pernah cuba ayam goreng ‘berapi’ ni, maknanya tak lengkap lagi la title ‘makan pedas’ korang tu. Ayam goreng mana pulak yang ‘berapi’ sangat tu?

Apa lagi kalau bukan Ayam Goreng McD 3X Pedas yang pernah jadi rebutan masa mula-mula keluar dulu. Setelah sekian lama ‘menghilang’ dari senarai menu McD, Ayam Goreng McD 3X Pedas kini kembali mencabar deria kepedasan rakyat Malaysia.

Tak sangka ramai betul yang ‘cinta mati’ dengan Ayam Goreng McD 3X Pedas sampai berani sahut cabaran McD di media sosial baru-baru ni.

Nasib baik McD tak kecewakan kita dan setuju kembalikan Ayam Goreng McD 3X Pedas ni. Kalau tak memang menangis kempunan mampu tengok gambar je. Tidur malam pun boleh termimipi-mimpi ni selagi tak dapat.

Bagi yang tertanya-tanya, padu sangat ke Ayam Goreng McD 3X Pedas ni sampai ramai vote suruh buat come back? Korang tengok sendiri warna kulit ayam ni pun dah terngiang-ngiang pedasnya, belum lagi kena kat lidah.

Kalau korang rasa Ayam Goreng McD Pedas yang biasa tu pun dah berpeluh-peluh, bayangkan Ayam Goreng McD 3X Pedas, tiga kali ganda dia punya berapi. ‘Kick‘ dia boleh buat korang tercari-cari air dengan sekali gigit je.

Tapi korang jangan tak ingat pulak, Ayam Goreng McD 3X Pedas ni setiap kali keluar je penangan dia bukan biasa-biasa. Siapa lambat memang ready la dengar abang-abang dengan akak-akak McD cakap “Ayam habis”.

Ayam Goreng McD 3X Pedas kini boleh didapatkan di semua cawangan McD seluruh Malaysia. Jadi jangan tunggu lama-lama dan cepat dapatkan selagi stok masih ada. Kalau tak memang menangis kat bucu!

Satu set Ayam Goreng McD 3X Pedas didatangkan dengan Criss Cut Fries yang tersedia di restoran-restoran McD di Semenanjung Malaysia sahaja.

Apa yang lagi best, kalau korang dine-in di restoran McD dan order set Medium atau Large Ayam Goreng McD 3X Pedas ni, korang boleh dapat refill minuman 100 Plus secara percuma. Takda hal lah pedas tiga kali ganda tu, air pun boleh refill tiga kali.

Bagi yang nak elak bersesak-sesak beratur dalam restoran McD tambahan pula waktu pandemik ni, korang boleh pesan Ayam Goreng McD 3X Pedas melalui pandu-lalu McD berdekatan.

Risau tak sempat order? McDelivery kan ada. Nak senang order je di McDelivery, lepas tu tinggal tunggu abang delivery McD pin-pin depan rumah.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi McDonald’s Malaysia di pautan ini.

Eyla Azri