Siakap Keli
Kredit: Agru

Lepas Hampir 30 Tahun, Pihak Hospital Baru Sedar Punca Air Rupanya Dari Tandas

Sebuah hospital universiti di Suita, Jepun baru tahu bahawa sumber air yang digunakan mereka sejak hampir 30 tahun lalu rupa-rupanya berpunca dari tandas, lapor Daily Mail.

Menurut laporan itu, kesilapan teknikal itu langsung tidak pernah disedari sehinggalah air kotor tersebut ditemui semasa projek pembinaan loji air baharu di hospital tersebut bermula.

Difahamkan, semasa semakan dijalankan, mereka mendapati beberapa saluran paip utama yang disambungkan adalah salah kerana ada antaranya disambungkan dari tandas.

Justeru siasatan teknikal mendapati, kira-kira 120 saluran paip di sekitar hospital itu disahkan tersilap salurannya dan malang sekali, kesilapan itu baru diketahui selepas hampir 30 tahun sejak ia mula beroperasi pada 1993.

Lebih malang, air tandas yang disalurkan itu digunakan oleh kakitangan hospital dan pesakit sebagai air minuman, membasuh tangan serta berkumur tanpa mengetahui ‘kebenarannya’.

Dalam pada itu, pihak penyelidik universiti berkenaan menjalankan siasatan ke atas sumber air tersebut bagi mengenal pasti kualitinya dan hasil mendapati tiada risiko kesihatan dikesan setakat ini.

Dalam masa sama, pihak pengurusan hospital juga memaklumkan akan menyemak semula saluran paip dan tekad untuk memperbaikinya semula.

“Saya sangat-sangat memohon maaf kerana hospital di universiti ini yang memiliki sistem perubatan terbaik telah mencetuskan anxiety (kebimbangan kepada semua pihak),” kata salah seorang penyelidik, merangkap timbalan presiden hospital.

Untuk rekod, pihak hospital sentiasa menjalankan semakan kualiti air daripada segi warna, bau dan rasa sekurang-kurangnya sekali dalam seminggu sejak 2014 lalu dan difahamkan, tiada sebarang masalah dilaporkan.

Sumber: Daily Mail

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.