Siakap Keli

OPPO Buat ‘Offer’ Tak Masuk Akal Jual Earbuds RM159 Dengan Hanya RM1 Sebab A95 ‘Launch’ Hari Ini, ‘Pre-Order’ Sekarang

Mesti ada diantara kita yang masih lagi kerja dekat rumah tu tengah cari earbuds yang sedap dan berbaloi dengan harga kan? Disebabkan sekarang ni semua kena buat kerja secara online, jadi rasa tak complete la kalau takde earbuds untuk nak buat kerja.

Berita baik untuk korang yang tengah cari earbuds tu, syarikat pengeluar telefon pintar terkenal iaitu OPPO ada buat satu tawaran yang boleh dikatakan tak masuk akal. Sebab apa, dengan hanya RM1 je, korang mampu untuk memiliki satu Enco Buds keluaran OPPO yang harga asalnya bernilai RM159.

Gila kan?!

Tapi untuk nak jadikan harga earbuds ni jadi RM1, korang hanya perlu ikuti langkah mudah ni sahaja. Cara-caranya ialah, korang cuma perlu buat pra-tempah telefon pintar OPPO A95 yang gempak ni di semua kedai rasmi OPPO, Online Store rasmi OPPO, pengedar sah OPPO dan semua pengedar rasmi OPPO Online seperti Lazada serta Shopee bermula daripada 15 November 2021 sehingga 19 November 2021.

Kepada korang yang buat pembelian secara online dan nak pick up sendiri, korang boleh berbuat demikian di semua pengedar rasmi OPPO termasuk dalam online. Korang akan ditawarkan dengan waranti yang dilanjutkan sehingga 6 bulan yang bernilai RM49.90. Tapi tawaran ni bermula daripada 15 November 2021 sampai 30 November 2021 je tau.

Bukan tu je tau, korang juga akan dapat OPPO VOOC Powerbank yang bernilai RM229. Tapi tawaran ni sah untuk tarikh tertentu kepada pelanggan yang pilih untuk ambil sendiri di cawangan OPPO yang terpilih je tau.

Tapi kalau korang nak, korang kena cepat-cepat sebabnya, tawaran untuk dapat powerbank free ni adalah berdasarkan siapa cepat dia dapat selagi stok masih ada.

Senang je kan?

Sempena dengan pelancaran telefon OPPO A95 ni juga, OPPO ada tawarkan diskaun eksklusif nak diberi kepada My OPPO Member. Korang boleh tebus tawaran ni dekat kedai rasmi OPPO dan kedai rasmi dalam talian OPPO. Apa yang korang akan dapat bila korang tebus tu adalah, kod promo bernilai RM50 yang akan dikreditkan ke dalam My OPPO App korang dan kod promo ni boleh korang gunakan untuk beli OPPO A95 tau. Berbaloi betul.

Nak tahu apa yang gempak sangat pasal telefon OPPO A95 tu pula? Jom check it out together.

Dikuasakan dengan 8GB+128GB & Penambahan RAM

Dengan penambahan ciri penambahan RAM ni, pengguna akan dapat sebanyak 13GB RAM, sangat jaranglah nak dapat RAM besar dekat mana-mana peranti yang sama level dengan OPPO A95 ni tau.

  • Peranti ni guna memori LPDDR4X.
  • UFS 2.1 storan.
  • Ianya juga turut menjanjikan prestasi yang lancar dan tidak akan lag.
  • Kapasiti storan dia juga cukup besar tau, memang puas hati.

Penambahan RAM

  • Dengan ciri penambahan RAM ni, kadar frame loss dia dapat dikurangkan. Ianya juga dapat mengurangkan pemecahan memori serta dapat memperbaiki prestasi pembacaan data yang menjadi lebih baik.
  • Paling menarik sekali, pengguna dapat ubah dan tambah RAM sebanyak 2GB/3GB/5GB secara manual.

Bateri Besar 5000mAh Yang Menyokong Pengecasan Pantas

Yang paling orang nak tahu mestinya ketahanan bateri dia kan. Okay, jom kita tengok.

  • Bateri peranti ini apabila telah penuh dicas, ianya boleh digunakan untuk buat panggilan selama 56.5 jam. Kalau untuk layari YouTube pula boleh bertahan selama 17.8 jam dan kalau untuk main game pula ianya mampu untuk bertahan selama 10.2 jam tau!
  • Disebabkan baterinya agak besar, jadi korang tak perlu risau lagi pasal kehabisan bateri kalau korang pakai telefon ni.
  • Ianya juga dapat mengurangkan telefon bimbit korang daripada dicas banyak kali dan sekali gus memanjangkan hayat bateri korang.
  • Hanya cas selama 5 minit je, telefon bimbit ni mampu untuk membuat panggilan selama 5.73 jam, layari Instagram selama 1.37 jam dan tonton video di YouTube selama 1.81 jam.
  • Dalam masa hanya 15 minit je, bateri dia akan dapat dicas sehingga 30%, kalau 72 minit pula, dah 100% dah.

Reka Bentuk OPPO Glow Yang Nampak Mahal (OPPO Ekslusif)

Rekaan peranti terbaru OPPO kali ni agak unik sikit. Memang stylo!

  • Didatangkan dengan dua warna iaitu Glowing Rainbow Silver berwarna-warni seakan pelangi.
  • Satu lagi adalah warna Glowing Starry Black, klasik seakan langit yang berbintang.
  • Rekaan ni dapat memberikan pengalaman visual dalam cahaya yang berbeza.
  • Ianya nampak berkilat dan menarik, terasa seperti licin dan berkilat kalau nampak dari mata kasar serta paling menarik ialah bebas dari cap jari.
  • Panjang dia adalah 160.31 mm dan lebar dia pula 73.76 mm manakala nipis dia pula 7.95 mm (paling nipis dalam banyak-banyak telefon yang pakai bateri 5000mAh)
  • Berat dia cuma dalam 175g je tau.
Diambil menggunakan kamera utama OPPO A95
Diambil menggunakan kamera hadapan OPPO A95

Menarik kan telefon ni? Macam mana, berminat tak?

Bagi korang yang berminat untuk mendapatkan telefon OPPO A95 ni, korang boleh terus layari laman web OPPO dengan klik SINI

Untuk korang yang nak buat pra-tempah pula, korang boleh klik di SINI

Pada korang yang dah tertarik dan berminat untuk dapatkan OPPO A95 ni, ada lagi satu berita baik untuk korang! OPPO nak bagi potongan diskaun untuk korang sebanyak 10% tau!

Dengan hanya menggunakan kod baucer OPPOA95SiakapKeli, korang boleh dapat diskaun sebanyak 10%. Ini bermakna, harga telefon bimbit OPPO A95 ni akan jadi murah sedikit berbanding harga asal.

Tapi perlu diingat bahawa pelanggan yang menggunakan kod promosi ini hanya terhad kepada pilihan penghantaran dalam talian dan layak untuk menikmati promosi PWP (tambah RM1 dan dapatkan Enco Buds bernilai RM159).

Selain dari itu, pelanggan yang memilih untuk menggunakan kod promo ini TIDAK layak untuk menikmati promosi ‘pembelian dalam talian, ambil di luar talian’, di mana pelanggan boleh mendapatkan jaminan lanjutan 6 bulan bernilai RM49.90 dan OPPO VOOC Powerbank bernilai RM229.

Yang paling penting sekali, korang disarankan untuk cepat-cepat dapatkan telefon OPPO A95 ni dengan menggunakan kod promo tu sebabnya, kod promo tu hanya akan terpakai kepada 40 orang terawal sahaja tau!

Mesti ramai yang tertanya-tanya dengan harga telefon OPPO A95 ni kan. Dengan spesifikasi dan kualiti yang bagus, harga yang OPPO tawarkan cuma RM1,099 sahaja.

Jadi, apa tunggu lagi? Cepat-cepat dapatkan OPPO A95 ni sekarang!

Aqmal Ezany

I write what is right

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.