Memetik portal MyHealth, sebut sahaja iklan ubat di media cetak, elektronik dan laman sosial pasti tergambar di minda kita ubat kurus, ubat kuat, ubat penyakit 3 serangkai, ubat kanser, ubat pemutih kulit, ubat hilangkan jerawat dan sebagainya. Tidak kurang pula pelbagai makanan atau jus kesihatan dengan pelbagai tuntutan perubatan dimuatkan dalam iklan tersebut samata-mata untuk memancing perhatian umum. Ditambah pula dengan pelbagai testimoni dan gambar dan visual menunjukkan keadaan sebelum dan selepas pengguna yang menggunakan produk tersebut pasti hati terdetik untuk mencuba produk yang diiklankan.
Pada hari ini, 10 November 2021, Kementerian Kesihatan Malaysia telah berkongsi satu hantaran Twitter berkenaan tindakan penguatkuasaan oleh KKM bagi suntikan vitamin C dan ubat kuat yang tidak berdaftar. Menerusi kenyataan tersebut, KKM memberitahu masyarakat Malaysia terutamanya lelaki untuk berhati-hati semasa ingin membeli produk ubat kuat. Tisu basah yang dimaksudkan juga berisiko menjadikan pengguna mati pucuk.
Oleh itu, berhati-hatilah semasa ingin membeli sesuatu barang. Pastikan ubat atau produk kesihatan tersebut telah mendapat kelulusan daripada KKM. Orang ramai juga boleh semak produk berdaftar melalui laman web www.npra.go.my.
Kenyataan Akhbar Kementerian Kesihatan Malaysia 10 Nov 2021
Tindakan Penguatkuasaan Oleh KKM Bagi Suntikan Vitamin C dan Ubat Kuat Yang Tidak Berdaftar pic.twitter.com/spUopArL0u
— KKMalaysia🇲🇾 (@KKMPutrajaya) November 10, 2021
Sumber: Twitter KKMalaysia