Begitu banyak perkara yang menyeronokkan sekiranya kita belajar sains dengan lebih mendalam. Pelbagai fenomena yang menarik di dunia ini dapat kita terokai dan pelajari dari aspek sains.
Tidak ketinggalan, kertas merupakan perkara yang sangat penting untuk kita gunakan dalam kehidupan kita. Namun, pernahkah anda terfikir bagaimana bentuk yang sebenar hujung kertas apabila dizoom atau diperbesarkan?
Terbaharu, satu perkongsian daripada satu pengguna Twitter yang bernama @semestasains telah menjadi bualan warga Twitter. Mereka telah membincangkan berkaitan satu topik iaitu berkaitan penampakan hujung kertas yang telah dibesarkan sehingga seratus kali ganda dengan menggunakan mikroskop elektron.
Mikroskop elektron mampu membesarkan sesuatu perkara secara terperinci dengan kuasa gandaan yang tinggi disebabkan penggunaan elektron dan bukannya cahaya untuk menyebar materia. Pembesaran mikroskop elektron adalah sehingga 500,000 kali ganda. Mikroskop cahaya membenarkan resolusi sekitar 0.2 mikrometer, sementara mikroskop elektron mampu mempunyai resolusi serendah 0.1 nanometer.
Menurut kebanyakan warga Twitter, penampakan tersebut agak ngeri dan menakutkan. Mereka juga mengaitkan penampakan tersebut dengan pengalaman mereka yang pernah terhiris oleh hujang kertas secara tidak sengaja sebelum ini.
ma
Kebanyakan mereka tidak menyangka dengan penampakan berikut kerana merasakan bahawa hujung kertas itu selama ini dilihat agak halus dan bersih jika dilihat dengan mata kasar. Namun apabila dilihat secara dekat dan diperbesarkan, ianya ternyata merupakan sesuatu yang cukup kasar.
Tepi kertas mungkin kelihatan licin dan rata apabila menggunakan mata kasar, namun pada skala mikroskop pula, tepi kertas bergerigi dan kelihatan agak kasar. Potongan kertas meninggalkan luka lebih seperti luka dari gergaji daripada pisau.
Hal ini sebenarnya terjadi adalah disebabkan kertas itu sendiri yang dibuat daripada kayu yang telah mengalami beberapa proses sehingga akhirnya menjadi kertas yang boleh digunakan untuk ditulis.
Jadi macam mana? Masih nak jilat kertas dahulu sebelum koyakkannya?
Ujung sehelai kertas diperbesar 100x dengan menggunakan mikroskop elektron.
📸: https://t.co/aA2gzzVqsu pic.twitter.com/Cq6SgDvSAU
— Semesta Sains (@semestasains) November 9, 2021
Sumber: Twitter Semesta Sains