Siakap Keli
Gambar: Noreez Rahmat via MATJHN

(Video) Akak Ni Kongsi Cara Masak Nasi Sihat Tanpa Kanji, Murah & Mudah Nak Disediakan

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Nasi adalah makanan ruji di Malaysia dan kebanyakan negara di Asia. Bermula dari sarapan pagi hingga ke makan malam, nasi mesti wajib ada atas meja makan rakyat Malaysia.

Nasi juga merupakan sumber karbohidrat utama dalam diet kita. Malah kebanyakan daripada kita memang tak senang duduk kalau sehari tak jamah nasi.  Pun begitu, menurut artikel terbitan Healthline, beras atau nasi mengandungi kanji yang agak tinggi, terutamanya kalau tak dimasak sempurna. Setiap 100 gram beras yang belum dimasak mengandungi 63.6 peratus kanji, manakala jumlah kanji ini berkurang kepada 28.7 peratus setelah beras dimasak menjadi nasi.

Tambah portal tersebut, pengambilan makanan berkanji yang tidak terkawal boleh menyebabkan risiko diabetes, penyakit jantung dan kenaikan berat badan. Maka adalah lebih baik jika kita mencegah perkara ini dari awal.

Oleh itu, pengguna Facebook Noreez Rahmat ini melalui group Masak Apa Tak Jadi Hari Ni (MATJHN) Official berkongsi cara masak nasi sihat tanpa kanji yang mudah dan murah untuk disediakan.

Ikuti panduan yang dikongsikan Noreez Rahmat di bawah ini.

1. Rebus beras dengan air yang banyak

Gambar: Noreez Rahmat

2. Biarkan mendidih dan separuh masak

Gambar: Noreez Rahmat

3. Buang air kanji dan bilas dengan air paip

Gambar: Noreez Rahmat

4. Toskan nasi dan masak dalam rice cooker tanpa tambah air

Gambar: Noreez Rahmat

5. Bila dah siap masak, gemburkan nasi

Gambar: Noreez Rahmat

Lepas dah buat semua langkah yang dikongsikan di atas ni, nasi tanpa kanji korang sedia untuk dihidang. Mudah je kan? Selamat mencuba!

Sumber: Healthline, Noreez Rahmat via MATJHN

Eyla Azri