Siakap Keli
Gambar: suaralampung.id

(Video) Anak Perempuan Heret Bapa Turun Pentas, Geram Bapa Asyik Menari Tak Hirau Panggilannya

Tular di media sosial berkenaan seorang gadis kecil menarik bapanya yang sedang asyik berhibur menyanyi dan berjoget turun dari atas pentas.

Gadis tersebut dengan beraninya naik ke atas pentas menghampiri bapanya yang sedang menyanyi dan menari itu.

Video tersebut telah dikongsikan oleh satu akaun TikTok bernama @happymusic.90.

Dalam video tersebut, dapat dilihat bahawa gadis itu sedang memerhati bapanya dari jauh manakala bapanya pula kelihatan sedang berseronok di atas pentas.

Gadis tersebut terlihat memanggil bapanya itu dari jauh. Disebabkan muzik terlalu kuat, ayahnya mungkin tidak mendengar panggilannya itu.

Selepas panggilannya tidak diendahkan, gadis itu didorong oleh seorang wanita yang disyaki sebagai ibunya untuk menghampiri ayahnya.

Tanpa berlengah, gadis tersebut pun terus naik ke pentas dan menarik baju ayahnya itu turun. Walaupun dihalang oleh seorang lelaki yang berada di situ, dia tetap tidak berputus asa.

Melihat reaksi tegas anak perempuannya itu, si ayah dilihat tidak mampu berbuat apa-apa. Dia hanya tersengih sambil menuruti sahaja anaknya itu.

Tindakan berani gadis itu menghentikan bapanya yang sedang berhibur lantas menjadi tular di TikTok. Sehingga kini, ianya telah ditonton lebih 2 juta kali.

@happymusic.90

lagi nyawer biduan di Jambak anak nya

♬ suara asli – user6984515271403 – user6984515271403

Sumber: suaralampung.id

Aqmal Ezany

I write what is right

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.