Siakap Keli
Kredit: TikTok Kim Seri

(Video) Gadis Kongsi Mesin ATM Di Korea Selatan Diletakkan Di Luar Kedai Dan Tepi Jalan, Siap Beroperasi 24 Jam

Korea Selatan terkenal dengan kecanggihan teknologi yang terdapat di negara mereka. Begitu juga dengan kemudahan fasiliti yang ada di sana. Jika di Malaysia agak sukar untuk kita menemukan mesin Automated Teller Machine (ATM) di mana-mana sahaja kan. Tetapi hal ini berbeza dengan situasi di negara asia Timur itu iaitu Korea Selatan.

Seperti perkongsian di akaun TikTok Kim Seri, beliau berkongsikan mengenai mesin ATM yang terdapat di Korea Selatan itu. Menurut perkongsian itu, mesin ATM di Korea dapat ditemui di kebanyakan kedai-kedai serbaneka dan di tepi-tepi jalan. Mesin ATM itu juga beroperasi selama 24 jam dan tidak berkunci. Hal ini menunjukkan kepercayaan pihak bank terhadap rakyat Korea Selatan.

Namun, pada akhir perkongsian video tersebut, pemilik akaun sempat bergurau dan gurauan itu telah membuatkan ramai terhibur.

@kimseri_eina

Mesin ATM di Korea Selatan.

♬ original sound – KIM SERI 세리 – KIM SERI 세리

Video viral yang mendapat tontonan lebih 140 ribu penonton itu juga mendapat pelbagai reaksi daripada warganet. Malah ada juga yang berseloroh di ruangan komen dan bersetuju dengan fakta akhir yang diberikan oleh pemilik akaun itu.

Kredit: TikTok Kim Seri 세리
Kredit: TikTok Kim Seri 세리
Kredit: TikTok Kim Seri 세리

Nadhirah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.