Pasti ramai diantara kita tak pernah tahu atau pun menyaksikan bagaimana ikan dilahirkan.
Perkara itu sangat susah disaksikan di depan mata kerana ikan hidup di dalam air.
Justeru, sekiranya dapat menyaksikan perkara itu di depan mata, ianya pasti akan menjadi satu memori yang sukar untuk dilupakan.
Namun begitu, sekiranya anda tidak pernah menyaksikannya, usah risau kerana, terdapat satu video berkenaan dengan seekor ikan dolfin melahirkan anaknya telah tular di media sosial.
Dalam yang berdurasi selama 59 saat itu, dapat dilihat bahawa seekor ikan dolfin sedang berusaha meneran anaknya.
Pada awalnya anaknya tampak seperti sukar untuk dikeluarkan dan baru separuh sahaja badan anaknya itu berjaya dikeluarkan.
Mungkin terlalu sakit, ikan dolfin itu mula berenang ke tempat lain sambil separuh badan anaknya keluar daripada perutnya sebelum mula meneran sekali lagi.
Percubaan kali kedua ikan dolfin berkenaan berjaya membuahkan hasil apabila anaknya itu selamat dikeluarkan daripada perutnya.
Ketika berjaya dikeluarkan, anak kepada dolfin itu terus berenang sambil diawasi oleh ibunya.
Video tersebut lantas menjadi tular di media sosial. Sehingga kini, ianya telah ditonton lebih 200 ribu kali.
🐬 Bir Yunusun doğum anı. pic.twitter.com/0fwOshcEBe
— Biltek Plus (@biltek_pluss) November 9, 2021
Sumber: Biltek Plus