Siakap Keli
Gambar via Daily Mail

(Video) Lucu, Gelagat Anjing Ni ‘Buat Muka Takut’ Bila Hendak Dicucuk Vaksin Bikin Terhibur

Seekor anjing chihuahua yang comel di Thailand terkejut semasa menerima suntikan vaksin rabies untuk haiwan peliharaan. Chihuahua yang diberusia 5 tahun dan diberi nama gelaran Mon tersebut menunjukkan muka yang ‘melucukan’, memetik laporan Daily Mail.

Pemilik Mon telah merakamkan video tersebut pada 1 November yang lalu. Momen menghiburkan ini ketika chihuahua tersebut meringis ketika dia mendapatkan suntikan rabies tersebut. Hal ini kerana, dia sangat takutkan jarum.

Nonlada Baekaew pemilik Mon membawanya ke klinik veterinari di Bangkok, Thailand pada Isnin, 1 November yang lalu. Vaksin rabies perlu diberikan kepada haiwan peliharaan untuk melindungi mereka dari jangkitan virus anjing gila dan turut sama melindungi manusia dari kematian.

Kredit via Daily Mail

Nonlada merakamkan detik menghiburkan itu ketika Mon diserahkan kepada staf yang berada disitu.

Mon ketika itu kelihatan sangat tenang, dan tidak menyedari apa yang bakal berlaku sehingga dia melihat veterinar menghampirinya dengan jarum suntikan. Mon ketika itu terus terkaku dan membulatkan matanya.

Doktor haiwan di sana meneruskan tugasnya dengan menyuntik Mon walaupun dia menunjukkan muka yang aneh dan menghiburkan hati pemiliknya.

Kredit via Daily Mail

Nonlada yang berada diluar bilik tersebut tergelak ketika merakam detik tersebut apabila Mon menunjukkan muka yang aneh dan mulutnya ditarik kebelakang.

“Saya tidak boleh berhenti ketawa melihat Mon dari luar. Saya rasa Mon takut akan jarum, sebab itu dia buat muka sebegitu,” kata Nonlada.

Walaupun begitu, Mon telah sembuh sepenuhnya selepas lawatannya ke klinik haiwan tersebut.

Sumber: Daily Mail

Zahirah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.