Siakap Keli

(Video) Raih Ribuan Tontonan, Akaun TikTok Ni Kongsi Tips Belajar Ketika Menghadapi ‘Exam’

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Dalam proses pembelajaran, kita tidak boleh terlalu berusaha keras untuk belajar sehingga mengabaikan kesihatan. Bak kata orang barat, study smart not study hard. 

Kebanyakan pelajar pada masa kini banyak memberikan fokus untuk belajar sahaja sehingga lupa bahawa terdapat  beberapa kesalahan yang telah mereka lakukan ketika sedang belajar. Ya, dalam proses pelajaran juga ada beberapa kesalahan yang jarang disedari oleh pelajar. Apalagi ketika mereka sedang kalut untuk menghadapi ujian pada hari yang mendekat seperti esok atau lusa.

Seorang pengguna Tiktok yang bernama @smaghfirohstudy membuat satu video untuk berkongsi berkaitan empat kesalahan belajar ketika menghadapi ujian. Mari kita lihat satu persatu!

1. Fokus menghias catatan

Tidak salah untuk menghias buku catatan atau lebih dikenali sebagai nota. Nota yang cantik pasti akan membuatkan para pelajar lebih tertarik untuk belajar. Namun begitu, janganlah terlalu fokus menghias nota menjadi cantik sehingga lupa tujuan utama adalah untuk menimba ilmu. Video tersebut juga menyarankan agar nota yang ditulis perlulah menggunakan bahasa yang mudah untuk difahami dan  diulang-ulang bagi tujuan menghafal.

2. Fokus menghafal sehingga lupa memahami

Video tersebut menyarankan semua pelajar untuk membuat latihan di buku atau internet agar dapat mengetahui sejauh mana pelajaran yang para pelajar faham dan tidak ketinggalan. Para pelajar  juga tidak boleh hanya menghafal begitu sahaja namun tidak memahami apa yang dihafal.

3. Belajar sampai larut malam

Sekiranya para pelajar belajar sehingga larut malam, pasti mereka akan mengantuk. Belajar ketika sedang mengantuk merupakan cara yang salah. Apa yang dipelajari tidak boleh masuk ke otak sehingga menyebabkan apa yang dipelajari masuk telinga kanan dan keluar telinga kiri.

4. Bermain gadget setelah selesai belajar

Perbuatan ini pastinya akan menyebabkan para pelajar lupa apa yang telah dipelajari sebelum ini. Setelah belajar, sepatutnya para pelajar makan, minum dan berehat.

Itulah empat kesalahan belajar yang selalu sangat pelajar lakukan ketika mahu menjawab ujian. Pernahkah anda lakukan? Jika ya, mari sama-sama kita elakkan daripada melakukan kesalahan-kesalahan tersebut ketika belajar selepas ini.

@smaghfirohstudy

#study #studytips #studytipsforstudents #tipsbelajar #tipsbelajaronline

♬ It’s Only Me – Studio Version – Kaleb J

Sumber: Tiktok smaghfirohstudy

Akhmar Ikmal

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.