Satu video yang memaparkan kelibat seekor buaya di sebuah pantai telah menjadi tular di media sosial.
Video itu telah dikongsikan oleh akaun Instagram bernama @fakta.indo.
Video tersebut pada mulanya tampak seakan-akan merakam satu objek yang kelihatan seperti sebatang kayu sedang hanyut berada di dalam laut.
Namun tidak berapa lama kemudian selepas ombak di pantai itu melanggar objek tersebut, kelihatan bahawa objek yang dianggap seakan kayu itu sebenarnya adalah seekor buaya.
Agak menakutkan sekiranya terdapat orang awam yang sedang leka berenang berdekatan dengan buaya itu.
Mungkin boleh terjadi kejadian yang tidak diingini sekiranya terserempak dengan buaya tersebut ketika sedang bermandi-manda.
Justeru daripada itu, orang ramai yang menggemari aktiviti pantai dinasihatkan supaya lebih peka dan berhati-hati ketika melakukan aktiviti pantai.
Walau bagaimanapun, tidak dapat dipastikan bilakah dan dimana rakaman tersebut diambil.
Video tersebut lantas menjadi tular di media sosial, sehingga kini, ianya telah ditonton lebih 390 ribu kali.
View this post on Instagram
Sumber: @fakta.indo