Siakap Keli
Gambar: Hello Doktor

Kaki Selalu Kebas? Jangan Ambil Mudah, Mungkin Petanda Ada Penyakit Lain

Kaki kebas selalunya merupakan keadaan yang normal bagi mereka yang duduk dalam keadaan yang tidak selesa. Hal ini kebiasaannya terjadi apabila kaki berada pada posisi yang salah dan saraf di bahagian kaki terhimpit.

Namun jika rasa kebas tersebut berterusan, ianya mungkin disebabkan oleh beberapa jenis penyakit. Oleh itu, bagi mereka yang merasakan kebas kaki secara berterusan  ia mungkin disebabkan beberapa penyakit.

Jadi bagi mereka yang mengalami masalah ini secara berterusan, individu tersebut perlulah berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan lanjut bagi mengenal pasti punca kepada masalah tersebut.

Apakah punca rasa kebas pada kawasan kaki?

Sebenarnya, ada banyak punca yang boleh menyebabkan rasa kebas pada kawasan kaki. Antaranya:

1. Anda duduk terlalu lama

Selalunya, jika anda duduk dalam satu jangka masa yang panjang, saraf pada bahagian kaki akan termampat.

Akibatnya, pengaliran darah akan tersekat dan menyebabkan anda mengalami rasa kebas dan sensasi sesemut pada bahagian yang terjejas.

Tetapi, jangan risau, kondisi ini selalunya tidak kekal lama dan akan pulih selepas beberapa minit.

 

2. Kaki kebas semasa bersenam

Kredit: Hello Doktor

Kadangkala, kaki anda boleh menjadi sakit dan kebas ketika anda bersenam. Aktiviti larian contohnya boleh memberikan tekanan kepada saraf dan menyebabkan kaki menjadi kebas.

Ia juga boleh berlaku disebabkan faktor lain seperti kasut yang terlalu ketat atau mengayuh basikal dalam satu tempoh yang lama.

Selalunya, rasa kebas tersebut akan hilang secara beransur-ansur apabila anda berhenti bersenam.

Jika anda mahu kelegaan yang lebih cepat, cuba goyang-goyangkan kaki anda sedikit untuk menggalakkan pengaliran darah.

3. Kaki kebas disebabkan penyakit

Rasa kebas pada bahagian kaki mungkin merupakan tanda penyakit yang serius jika ia berlaku berulang kali. Sebagai contoh, sesemut yang anda alami mungkin berlaku disebabkan:

  • Penyakit sklerosis berbilang

Sklerosis berbilang merupakan sejenis penyakit autoimun yang mempengaruhi sistem saraf pusat. Kebas kaki yang berlaku disebabkan sklerosis berbilang boleh menyebabkan rasa sakit dan gatal yang amat sangat.

Malah, rasa kebas ini kadangkala boleh menjadi amat serius sehinggakan pesakit tidak mampu berjalan dengan baik.

  • Penyakit diabetes
Kredit: Hello Doktor

Kadar gula yang tinggi di dalam badan boleh menyebabkan kerosakan saraf, lebih-lebih lagi jika ia dibiar berlarutan dalam satu jangka masa yang panjang.

Doktor mungkin akan menggelar kondisi ini sebagai neuropati periferal (peripheral neuropathy) – Satu penyakit yang terjadi disebabkan kerosakan saraf di luar kawasan otak dan saraf tunjang.

Selain itu, pesakit diabetes yang mengalami neuropati periferal juga sukar untuk mengimbangkan badan.

  • Penyakit arteri periferal

Penyakit arteri periferal merupakan satu keadaan yang menyebabkan arteri pada kawasan kaki atau tangan menjadi sempit.

Kaki atau tangan pesakit arteri periferal selalunya akan menjadi kebas kerana tidak menerima bekalan darah yang mencukupi.

Kesimpulan

Kredit: Hello Doktor

Kaki kebas mungkin perkara yang biasa dan tidak serius, tetapi jika ia berlaku dengan kerap dan menyebabkan kesakitan, anda perlu berjumpa doktor dengan kadar segera.

Rasa kebas pada kaki yang berlaku disebabkan duduk terlalu lama boleh dihilangkan dengan cara mengurut tempat yang terkesan.

Anda juga boleh meletakkan pek ais di atas kaki anda selama 15 minit untuk mengurangkan kekejangan.

Kadangkala, masalah kejang atau kebas yang anda alami merupakan simptom kepada penyakit lain.

Oleh itu, jangan tunggu lagi. Cepat-cepatlah berjumpa doktor ya!

Sumber: Hello Doktor

Zahirah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.